Kursus Latihan Pengendali Makanan
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Soalan Lazim
S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Latihan Pengendali Makanan?
J1: Latihan Pengendali Makanan (LPM) merupakan latihan WAJIB yang perlu dijalani oleh semua pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan di Malaysia. Keperluan ini dinyatakan dalam Peraturan 30, Peraturan–Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
S2: Siapakah yang dikatakan sebagai pengendali makanan?
J2: Mengikut tafsiran PPKM 2009, “pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang-
a. terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan,
b. menyentuh makanan atau permukaan makanan,
c. mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus atau perkakas,
dalam mana-mana premis makanan.
S3: Di manakah para pengendali makanan boleh menjalani kursus ini?
J3: Para pengendali makanan boleh menjalani kursus ini di mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berdekatan. Senarai SPLM yang diiktiraf oleh KKM boleh didapati di laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM (fsq.moh.gov.my).
Win Synergy Training Sdn Bhd adalah salah sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh KKM (A/K/018). Jika anda ingin menjalani kursus ini, anda boleh daftarkan diri anda di https://winsynergy.com.my/register
S4: Berapa lamakah tempoh masa kursus?
J4: Tempoh masa kursus adalah tidak kurang daripada tiga (3) jam.
S5: Berapakah yuran kursus yang dikenakan?
J5: Bayaran yuran kursus adalah sebanyak RM50.00 untuk seorang peserta dan ianya telah ditetapkan oleh KKM.
S6: Berapa lamakah tempoh sahlaku sijil LPM?
J6: Buat masa ini, pengendali makanan hanya perlu menjalani latihan ini sekali sahaja seumur hidup, tertakluk kepada peruntukan pada Peraturan 30(2), PPKM 2009 yang menyatakan bahawa Menteri Kesihatan boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang diluluskan oleh Pengarah.
S7: Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak yang berkenaan sekiranya pengendali makanan tidak menjalani latihan ini?
J7: Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.
S8: Siapakah yang dikatakan sebagai tuan punya?
J8: Mengikut tafsiran PPKM 2009, “tuan punya” ertinya mana-mana orang yang memiliki atau menjalani perniagaan makanan, atau jika orang itu tidak dapat dikenal pasti, seseorang yang menjaga perniagaan makanan itu.
S9: Siapakah yang dikatakan sebagai pemunya?
J9: Mengikut tafsiran PPKM 2009, “pemunya” ertinya mana-mana orang yang pada masaini menerima sewa bagi mana-mana premis makanan, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah atau sebagai penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau rumah yang terdapat di dalam premis itu disewakan kepada seseorang penyewa.
S10: Siapakah yang dikatakan sebagai penghuni?
J10: Mengikut tafsiran PPKM 2009, “penghuni” ertinya orang yang menjaga dan bertanggungjawab menjalankan, mengawas dan menguruskan perniagaan hari ke hari di premis makanan.
S11: Apakah tanggungjawab tuan punya, pemunya dan penghuni premis makanan yang ada kaitan dengan Latihan Pengendali Makanan?
J11: Mengikut Peraturan 11(1)(b), PPKM 2009, seseorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani LPM sebagai mana yang dikehendali di bawah Peraturan 30.
S12: Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak yang berkenaan sekiranya tuan punya, pemunya dan penghuni premis makanan yang menggaji atau membenarkan pengendali makanan bekerja di premis makanannya tanpa menjalani LPM?
J12: Mana-mana tuan punya, pemunya dan penghuni premis makanan yang tidak mematuhi Peraturan 11(1)(b) melakukan kesalahan dan boleh aabila disabitkan, , didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.
Kursus Dalam Talian
-
LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DALAM TALIAN
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page -
ONLINE FOOD HANDLER TRAINING
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page -
线上食品处理员培训课程
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page
Kursus Bersemuka
-
ALOR SETAR – LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page -
PULAU PINANG – LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page -
SG. PETANI – LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA
RM50.00 Select options This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page