LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DALAM TALIAN – B. Melayu

RM50.00

Maklumat Kursus:

  • Jangkamasa kursus minimum = 3 jam atau 4 jam (HRD Corp Claimable), tidak termasuk waktu persediaan dan rehat.
  • Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
  • Sijil sah seumur hidup
  • Ikuti kelas dengan aplikasi ZOOM Meeting
  • Sila pastikan ada pembantu bersama peserta sepanjang sesi kursus jika peserta tidak biasa menggunakan ZOOM, Google Form, atau peranti (telefon/tablet/komputer).

Maklumat Lanjut: Sila baca dahulu sebelum membuat pesanan.

KLIK UNTUK BACA: Pra-Syarat Kursus Online
Sila pastikan calon boleh untuk mengikuti latihan secara dalam talian sebelum membuat pendaftaran.

Calon mesti mempunyai:

  • Peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil
    Setiap calon perlu menggunakan telefon, tablet, komputer riba, atau komputer sendiri dengan capaian internet yang stabil untuk Zoom dan Google Forms.
  • Kemahiran asas menggunakan peralatan digital
    Calon perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan Google Forms.
  • Bantuan semasa kelas, jika perlu
    Calon yang kurang cekap menggunakan peralatan atau aplikasi dalam talian mestilah dibantu semasa kelas.
  • Keupayaan untuk berkomunikasi dengan tenaga pengajar
    Calon mesti boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam bahasa kelas yang dipilih..

Calon disarankan agar dipertimbangkan untuk untuk sesi latihan secara bersemuka atau sesi khusus dalaman (in-house) sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan untuk kursus awam secara dalam talian.

KLIK UNTUK BACA: Langkah-langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar:

  1. Pilih tarikh dan masa kelas yang sesuai, skrol ke bawah skrin, semak bilangan peserta dan tekan “Add to cart“.
  2. Pada laman seterusnya, skrol ke bawah skrin dan tekan “Proceed to checkout“.
  3. Lengkapkan borang pesanan, skrol ke bawah skrin dan tekan “Place Order” untuk membuat bayaran secara dalam talian.
  4. Ikut arahan gerbang pembayaran (payment gateway) pilihan anda – Billplz (atau Razorpay-Curlec.
  5. Semak e-mel pautan kursus yang dihantar secara automatik oleh sistem, selepas bayaran berjaya dibuat untuk pautan ZOOM Meeting.
  6. Buat persediaan yang secukupnya sebelum mengikuti kelas.

Penting: Pautan kelas disertakan dalan emel pengesahan. Sila kongsikan maklumat kelas kepada calon sekiranya anda membuat pemdaftaran bagi pihak anggota pasukan anda.

KLIK UNTUK BACA: Pautan Kursus ZOOM Meeting

  • Selepas bayaran berjaya dibuat, pembuat pesanan akan menerima 3 e-mel secara automatik: bayaran, pendaftaran dan pautan kursus.
  • E-mel pautan kursus mengandungi pautan kelas, ID mesyuarat, kata laluan dan panduan persediaan kelas dalam talian.
  • Jika anda mendaftar bagi pihak orang lain, sila kongsikan maklumat tersebut kepada peserta dan pastikan mereka bersedia sebelum kelas bermula.
  • Sila semak folder SPAM atau JUNK jika e-mel tidak dijumpai.
KLIK UNTUK BACA: Persediaan Kelas Dalam Talian
Calon perlu membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Sila klik butang di bawah untuk panduan persediaan kelas dalam talian:

Panduan Persediaaan Kelas Dalam Talian

KLIK UNTUK BACA: Resit Rasmi & Invois

  • Sistem akan menghantar notifikasi pengesahan pembayaran secara automatik selepas pembayaran dalam talian berjaya dilakukan.

  • Resit rasmi dan invois tidak akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran dibuat.

  • Selepas kursus tamat dan kehadiran peserta disahkan, resit rasmi akan dikeluarkan dalam bentuk bercetak dan akan dihantar bersama-sama dengan sijil asal.

  • Sekiranya anda memerlukan invois atas nama syarikat, sila nyatakan semasa pendaftaran dan berikan maklumat syarikat yang lengkap, termasuk nama syarikat serta Nombor Pendaftaran Perniagaan Baru (BRN) SSM yang terdiri daripada 12 digit.

  • Sebarang permintaan khas (seperti invois kecemasan, invois format PDF, atau pindaan maklumat invois) adalah tertakluk kepada urusan pentadbiran dan mungkin memerlukan masa pemprosesan tambahan.

KLIK UNTUK BACA: Edaran Sijil

  • Sijil peserta HRD Corp Claimable Courses:
    • Sijil elektronik (PDF) akan die-mel kepada majikan selepas pihak majikan borang PSMB/SBL-Khas/JD/14 dan laporan kehadiran yang telah ditandatangani dan dicop dikembalikan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan dihantar ke alamat yang diisi dalam borang pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza mengikut kaedah penghantaran.
  • Sijil untuk lain-lain peserta:
    • Sijil elektronik (PDF) akan dihantar ke e-mel pembuat pesanan (order placer) dalam masa 24 jam selepas kelas tamat. Sila semak peti SPAM atau JUNK sekiranya anda tidak menjumpai e-mel tersebut.
    • Sila pastikan e-mel diisi dengan betul di ruang maklumat pembuat pesanan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza bergantung kepada kaedah penghantaran.
  • Permintaan khas seperti penghantaran dokumen secara berasingan, atau urusan pengambilan sendiri adalah tertakluk kepada keputusan pihak mengurusan dan mungkin akan melibatkan masa pemprosesan tambahan.

HRD Corp Claimable Courses
Anda majikan yang berdaftar dengan HRD Corp dan ingin membuat tuntutan yuran kursus di bawah HRD Corp Claimable Courses? Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut

Apakah itu HRD Corp Claimable Courses? Tempahan – HRD Corp ROT B.Melayu Tempahan – HRD Corp ROT B.Cina (Mandarin)

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
Klik butang di bawah untuk baca Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta kami.

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta

Lain-lain sesi latihan:

Online – English Online – Mandarin 华语网课 Online – Terjemahan B.Myanmar

 

Kelas Dalam Talian (Online) Bahasa Melayu

22HB JULAI 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

Out of stock

23HB JULAI 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

Out of stock

23HB JULAI 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

Out of stock

26HB JULAI 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

18 in stock

29HB JULAI 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

19 in stock

30HB JULAI 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

6 in stock

30HB JULAI 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

5 in stock

2HB OGOS 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

5HB OGOS 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

6HB OGOS 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

20 in stock

6HB OGOS 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

9HB OGOS 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

12HB OGOS 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

13HB OGOS 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

20 in stock

13HB OGOS 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

14HB OGOS 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

19HB OGOS 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

20HB OGOS 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

20 in stock

20HB OGOS 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

23HB OGOS 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

26HB OGOS 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

27HB OGOS 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

20 in stock

27HB OGOS 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

SKU: ONLINEBM Categories: , Tags: ,

Description

Kursus Pengendali Makanan Online ini sesuai untuk pengendali makanan yang perlu mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan secara dalam talian. Kursus ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan boleh diikuti dari lokasi masing-masing, selagi peserta mempunyai peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil.

Latihan Pengendali Makanan ialah kursus wajib untuk pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di institusi yang diluluskan oleh Pengarah dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan. Pengendali makanan yang tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil berkaitan boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan tersebut.

Kursus ini boleh disertai menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja. Setiap peserta perlu menggunakan peranti sendiri dan tidak berkongsi peranti semasa kelas berlangsung. Peserta juga perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan ujian atau kuiz melalui Google Forms.

Sebelum mendaftar, pembuat pesanan perlu memastikan peserta sesuai untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Peserta perlu memberi tumpuan sepanjang kelas, berada di tempat yang sesuai, dan boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam Bahasa Melayu. Peserta yang tidak biasa atau kurang cekap dengan penggunaan aplikasi dalam talian perlulah dibantu (oleh majikan, rakan sekerja atau ahli keluarga) semasa kelas.

Selepas bayaran berjaya dibuat, pembuat pesanan akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran yang mengandungi pautan kelas, maklumat kelas dan panduan persediaan. Jika pendaftaran dibuat bagi pihak orang lain, maklumat tersebut perlu dikongsikan kepada peserta.

Sijil elektronik dalam format PDF akan dihantar melalui WhatsApp dalam masa 24 jam selepas kelas tamat. Sijil asal akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.

>> Kembali ke Laman Utama <<