LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DALAM TALIAN

RM50.00

Maklumat Kursus:

  • Jangkamasa kursus minimum = 3 jam atau 4 jam (HRD Corp Claimable), tidak termasuk waktu persediaan dan rehat.
  • Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
  • Sijil sah seumur hidup
  • Ikuti kelas dengan aplikasi ZOOM Meeting

Maklumat Lanjut:

Pra-Syarat Kursus Secara Dalam Talian
Sila pastikan calon boleh untuk mengikuti latihan secara dalam talian sebelum membuat pendaftaran.

Calon mesti mempunyai:

  • Peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil
    Setiap calon perlu menggunakan telefon, tablet, komputer riba, atau komputer sendiri dengan capaian internet yang stabil untuk Zoom dan Google Forms.
  • Kemahiran asas menggunakan peralatan digital
    Calon perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan Google Forms.
  • Bantuan semasa kelas, jika perlu
    Calon yang kurang cekap menggunakan peralatan atau aplikasi dalam talian mestilah dibantu semasa kelas.
  • Keupayaan untuk berkomunikasi dengan tenaga pengajar
    Calon mesti boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam bahasa kelas yang dipilih..

Calon disarankan agar dipertimbangkan untuk untuk sesi latihan secara bersemuka atau sesi khusus dalaman (in-house) sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan untuk kursus awam secara dalam talian.

Langkah-langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar:

  1. Pilih tarikh dan masa kelas yang sesuai, leret ke bawah skrin, semak bilangan peserta dan tekan “Add to cart“.
  2. Pada laman seterusnya, leret ke bawah skrin dan tekan “Proceed to checkout“.
  3. Lengkapkan borang pesanan, leret ke bawah skrin dan tekan “Place Order” untuk membuat bayaran secara dalam talian.
  4. Ikut arahan gerbang pembayaran (payment gateway) pilihan anda – Billplz atau Razorpay-Curlec.
  5. Semak emel pengesahan pendaftaran selepas bayaran berjaya dibuat untuk pautan kelas.
  6. Buat persediaan yang secukupnya sebelum mengikuti kelas.

Penting: Pautan kelas disertakan dalan emel pengesahan. Sila kongsikan maklumat kelas kepada calon sekiranya anda membuat pemdaftaran bagi pihak anggota pasukan anda.

Persediaan Kelas Dalam Talian
Peserta perlu membuat persiapan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Sila klik butang di bawah untuk untuk panduan persediaan kelas:

Online Class Preparation

Edaran Sijil

  • Sijil peserta HRD Corp Claimable Courses:
    • Sijil elektronik (PDF) akan die-mel kepada majikan selepas pihak majikan borang PSMB/SBL-Khas/JD/14 dan laporan kehadiran yang telah ditandatangani dan dicop dikembalikan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan dihantar ke alamat yang diisi dalam borang pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza mengikut kaedah penghantaran.
  • Sijil untuk lain-lain peserta:
    • Sijil elektronik (PDF) akan dihantar ke WhatsApp pembuat pesanan (order placer) dalam masa 24 jam selepas kelas tamat.
    • Untuk menerima salinan sijil elektronik, sila pastikan nama dan nombor telefon WhatsApp diisi dengan betul di ruang maklumat pembuat pesanan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza bergantung kepada kaedah penghantaran.

HRD Corp Claimable Courses
Anda majikan yang berdaftar dengan HRD Corp dan ingin membuat tuntutan yuran kursus di bawah HRD Corp Claimable Courses? Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut

HRD Corp Claimable Courses

Tempahan – HRD Corp ROT B.Melayu

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
Lain-lain sesi latihan:

Online – English Online – Mandarin 华语网课 Online – Terjemahan B.Myanmar

 

Kelas Dalam Talian (Online) Bahasa Melayu

7HB JUN 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

Out of stock

10HB JUN 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

17 in stock

11HB JUN 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

17 in stock

11HB JUN 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

18 in stock

14HB JUN 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

17HB JUN 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

18HB JUN 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

12 in stock

18HB JUN 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

13 in stock

21HB JUN 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

24HB JUN 2026 (RABU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH
RM50.00

20 in stock

25HB JUN 2026 (KHAMIS) PAGI 8:30PG HINGGA 1:00TGH
RM50.00

12 in stock

25HB JUN 2026 (KHAMIS) PETANG 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

28HB JUN 2026 (AHAD) PETANG 2:00PTG HINGGA 5:30PTG
RM50.00

20 in stock

SKU: ONLINEBM Categories: , Tags: ,

Description

Kursus Pengendali Makanan Online ini sesuai untuk pengendali makanan yang perlu mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan secara dalam talian. Kursus ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan boleh diikuti dari lokasi masing-masing, selagi peserta mempunyai peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil.

Latihan Pengendali Makanan ialah kursus wajib untuk pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di institusi yang diluluskan oleh Pengarah dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan. Pengendali makanan yang tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil berkaitan boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan tersebut.

Kursus ini boleh disertai menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja. Setiap peserta perlu menggunakan peranti sendiri dan tidak berkongsi peranti semasa kelas berlangsung. Peserta juga perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan ujian atau kuiz melalui Google Forms.

Sebelum mendaftar, pembuat pesanan perlu memastikan peserta sesuai untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Peserta perlu memberi tumpuan sepanjang kelas, berada di tempat yang sesuai, dan boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam Bahasa Melayu. Peserta yang tidak biasa atau kurang cekap dengan penggunaan aplikasi dalam talian perlulah dibantu (oleh majikan, rakan sekerja atau ahli keluarga) semasa kelas.

Selepas bayaran berjaya dibuat, pembuat pesanan akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran yang mengandungi pautan kelas, maklumat kelas dan panduan persediaan. Jika pendaftaran dibuat bagi pihak orang lain, maklumat tersebut perlu dikongsikan kepada peserta.

Sijil elektronik dalam format PDF akan dihantar melalui WhatsApp dalam masa 24 jam selepas kelas tamat. Sijil asal akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.

>> Kembali ke Laman Utama <<