Description
Kursus Pengendali Makanan Online ini sesuai untuk pengendali makanan yang perlu mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan secara dalam talian. Kursus ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan boleh diikuti dari lokasi masing-masing, selagi peserta mempunyai peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil.
Latihan Pengendali Makanan ialah kursus wajib untuk pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di institusi yang diluluskan oleh Pengarah dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan. Pengendali makanan yang tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil berkaitan boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan tersebut.
Kursus ini boleh disertai menggunakan telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja. Setiap peserta perlu menggunakan peranti sendiri dan tidak berkongsi peranti semasa kelas berlangsung. Peserta juga perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan ujian atau kuiz melalui Google Forms.
Sebelum mendaftar, pembuat pesanan perlu memastikan peserta sesuai untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Peserta perlu memberi tumpuan sepanjang kelas, berada di tempat yang sesuai, dan boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam Bahasa Melayu. Peserta yang tidak biasa atau kurang cekap dengan penggunaan aplikasi dalam talian perlulah dibantu (oleh majikan, rakan sekerja atau ahli keluarga) semasa kelas.
Selepas bayaran berjaya dibuat, pembuat pesanan akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran yang mengandungi pautan kelas, maklumat kelas dan panduan persediaan. Jika pendaftaran dibuat bagi pihak orang lain, maklumat tersebut perlu dikongsikan kepada peserta.
Sijil elektronik dalam format PDF akan dihantar melalui WhatsApp dalam masa 24 jam selepas kelas tamat. Sijil asal akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.
>> Kembali ke Laman Utama <<





