Latihan Pengendali Makanan Online

Kursus Latihan Pengendali Makanan Online merupakan suatu kaedah untuk para pengendali makanan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan mulai April 2020.

Adakah anda menghadapi masalah seperti ini sebagai seorang pengusaha makanan?

worried-chef-risau
Man photo created by 8photo - Freepik

“Alamak!! Kedai kena tutup dengan Kesihatan!”

“Alaaaa… kena kompaun pasal belum kursus lagi….”

tensioned-chef-tensyen
Man photo created by 8photo - Freepik

Jangan risau… kami boleh bantu anda!

Kelas ONLINE – boleh kursus dari mana-mana,  tak perlu datang ke pusat latihan kami.
kelas-online-class
Coffee photo created by freepik - Freepik
Kelas setiap minggu – tidak perlu tunggu lama-lama!
Calendar photo created by rawpixel.com – Freepik
E-sijil diberi pada hari yang sama – boleh guna untuk permohonan lesen atau permit
Certificate photo created by rawpixel.com – Freepik
Penghantaran sijil asal melalui kurier secara PERCUMA (Terhad Semenanjung M’sia sahaja)
free-shipping-penghantaran-percuma
Technology photo created by rawpixel.com - Freepik

Pelaburan anda…

Ikuti wawancara bersama Presiden dan Timbalan Presiden, Persatuan Pengusaha dan Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendali Makanan Malaysia (MySLPM) pada 24hb April 2020 di rancangan SELAMAT PAGI MALAYSIA (SPM) TV1 berkenaan dengan perlaksanaan Kursus Pengendalian Makanan Secara Online.

Keperluan Kursus Latihan Pengendali Makanan Online

1) Peralatan yang sesuai.

Alatan yang hendak digunakan perlu mempunyai kamera dan sistem audio seperti mikrofon dan pembesar suara. Contoh peralatan yang boleh digunakan untuk mengikuti kursus adalah seperti komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar ataupun tablet.

Komputer Peribadi
Photo by Format from Pexels
Komputer Riba
Photo by Caio from Pexels
Telefon Pintar
Photo by Tracy Le Blanc from Pexels
Tablet
Photo by PhotoMIX Company from Pexels
2) Capaian internet yang stabil

Capaian internet yang stabil, sama ada rangkaian 4G atau gentian optik berkelajuan tinggi (cth: Unifi) bagi menjamin anda dapat megikuti kursus dalam talian dengan lancar.

Image by Gerd Altmann from Pixabay
Image by methodshop from Pixabay
Image by Lorenzo Cafaro from Pixabay
3) Nombor telefon bimbit yang boleh dihubungi melalui WhatsApp.

WhatsApp Group peserta akan diadakan selewat-lewatnya 12 jam sebelum waktu kursus. Maklumat dan pautan kursus akan dihantar kepada peserta melalui WhatsApp Group peserta.

WhatsApp
4) Aplikasi persidangan video ZOOM.

Kursus akan diadakan menggunakan aplikasi persidangan video ZOOM. Para peserta disarankan untuk muat turun aplikasi ZOOM lebih awal agar tidak kelam-kabut sekiranya timbul sebarang perkara di luar jangkaan di saat-saat terakhir sebelum log masuk ke bilik maya.

ZOOM

7 Tips Kursus Latihan Pengendali Makanan Online

Ingin tahu bagaimana anda boleh mengikuti kursus online dengan lebih lancar dan selesa? Tonton klip video di bawah untuk mengetahui jawapannya…

Apa kata peserta kami…

Soalan-Soalan Lazim

(Dikemaskini 17hb Ogos 2021)

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

A. Soalan Am

Di manakah peserta boleh mengikuti kursus LPM dalam talian?

Peserta boleh mengikuti kursus dari mana-mana lokasi yang selesa dan tidak mendatangkan gangguan kepada perjalanan kursus, dengan syarat lokasi tersebut mempunyai capaian internet yang stabil.

Berapa lamakah tempoh masa kursus LPM dalam talian?

Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran kursus adalah tidak kurang daripada 3 jam, dan ianya tidak termasuk waktu persediaan capaian sistem internet ataupun waktu rehat.

{Para 4.3(a), Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On line) oleh SLPM –  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Berapa bilangan peserta yang dibenarkan untuk setiap sesi LPM dalam talian?

Bilangan peserta tidak melebihi dua puluh (20) orang bagi setiap sesi.

{Para 4.3(b), Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On line) oleh SLPM -Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Adakah terdapat bayaran lain selain yuran kursus untuk sesi LPM dalam talian?

Bayaran untuk kursus LPM dalam talian adalah sama bayaran untuk kursus bersemuka, iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap peserta. Kadar bayaran ini telah ditetapkan oleh Kemenetrian Kesihatan Malaysia.

SLPM perlu menyatakan secara berasingan sekiranya terdapat lain-lain bayaran tambahan yang dikenakan, contohnya seperti caj pentadbiran, bayaran penghantaran sijil, dan sebagainya. Di Win Synergy Training kami akan hantar sijil asal LPM peserta di Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier TANPA CAJ TAMBAHAN.

Bagaimanakah peserta kursus LPM dalam talian akan dinilai?

Peserta kursus LPM dalam talian perlu menjawab ujian pra sebelum sesi kursus dimulakan, soalan kuiz pendek pada penghujung setiap topik pembelajaran (4 kuiz untuk 4 topik) dan ujian pos dan mengisi borang penilaian dan maklumbalas pada penghujung sesi kursus.

B. Soalan Berkaitan Alat / Peranti atau Capaian Internet

Bolehkah peserta berkongsi peranti / alatan semasa kursus LPM?

Peserta perlu menggunakan peranti atau alatan masing-masing semasa kursus, iaitu 1 peserta, 1 alat. Peserta tidak dibenarkan berkongsi alat peranti (telefon bimbut atau komputer / komputer riba) semasa mengikuti kursus LPM.

{Para 5.1(c), Garis Panduan Permohonan dan Perlaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On-line) oleh SLPM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Bagaimana pula dengan peserta dengan alatan yang tidak mempunyai kamera atau kamera rosak?

Peserta WAJIB mengikuti kursus dalam talian (online) menggunakan alat atau peranti yang mempunyai kamera. Walaupun proses pembelajaran dalam talian tidak memerlukan kehadiran peserta secara fizikal bersama dengan tenaga pengajar, peserta masih perlu berada di hadapan kamera sepanjang sesi latihan berlangsung bagi membuktikan kehadiran.

Oleh itu, peserta dengan alatan yang tidak mempunyai kamera atau kamera rosak dinasihatkan sama ada mendapatkan alatan lain yang mempunyai kamera yang berfungsi, atau hadir sesi kursus bersemuka (tertakluk kepada kebenaran penganjuran kursus bersemuka oleh pihak berkuasa).

Apa yang akan berlaku sekiranya peserta menghadapi gangguan capaian internet semasa kursus?

Tenaga Pengajar perlu menambah masa latihan sehingga selesai semua modul LPM untuk peserta yang menghadapi masalah atau gangguan capaian internet dan tercicir semasa kursus.

{Para 4.3(h), Garis Panduan Permohonan dan Perlaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On-line) oleh SLPM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

C. Soalan Berkaitan Kehadiran

Bagaimana pula dengan peserta yang masuk lewat ke kelas?

Para peserta dinasihatkan untuk log masuk awal ke dalam bilik maya untuk membuat tetapan sistem, menjawab ujian pra, serta mengikuti taklimat ringkas sebelum kursus dimulakan. Tenaga Pengajar perlu mengadakan ujian Pra sebelum kursus bermula. Bilik maya akan dikunci selepas kursus bermula dan peserta yang lewat akan dinasihatkan untuk menghadiri sesi latihan yang berikutnya.

{Para 4.3(j), Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On line) oleh SLPM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Bolehkah peserta menghadiri kursus sambil bekerja atau menaiki kereta?

Peserta perlu memberi sepenuh perhatian dan tidak melakukan apa-apa aktiviti lain sepanjang kursus.  Sijil Latihan Pengendali Makanan TIDAK boleh diberikan kepada peserta yang tidak memberi tumpuan semasa sesi latihan seperti tidur, menaiki kereta, sambil bekerja, kerap keluar dari skrin, menutup kamera sepanjang latihan dan lain-lain ganguan sesi latihan.

{Para 4.3(g), Garis Panduan Permohonan dan Perlaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On-line) oleh SLPM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Adakah peserta yang keluar awal semasa kelas masih boleh mendapat sijil?

Sijil LPM hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya mengikuti kursus secara sepenuhnya (tidak kurang daripada 3 jam). Sijil Latihan Pengendali Makanan TIDAK boleh diberikan kepada peserta yang tidak cukup tiga (3) jam latihan termasuk kuiz, ujian Pra dan ujian Pos.

{Para 4.3(f), Garis Panduan Permohonan dan Perlaksanaan Sesi LPM Secara Dalam Talian (On-line) oleh SLPM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia}

Jadual Latihan

Jadi tunggu apa lagi? Klik pilihan bahasa di bawah untuk daftar!

Image by Tumisu from Pixabay

Ingin bertanya lagi?

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.

winsynergy@gmail.com

019-4139922 atau 019-4149922