Notis Perlindungan Data Peribadi


Dasar Privasi Notis Perlindungan Data Peribadi.
Berkuatkuasa pada: 1hb Jun 2022
Terakhir dikemaskini pada: 1hb Jun 2022

I. PENGENALAN

Win Synergy Training Sdn. Bhd. (WST) mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana WST memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

II. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi iaitu

  • Nama penuh;
  • Nombor kad pengenalan atau pasport;
  • Alamat surat-menyurat;
  • Alamat penghantaran;
  • Alamat emel;
  • Nombor telefon bimbit;
  • Alamat IP (Internet Protocol);
  • Imej (pegun/rakaman)
III. SUMBER PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:

  1. maklumat yang dikumpul secara automatik semasa melayari laman sesawang WST melalui “cookies” atau teknologi-teknologi lain
  2. maklumat yang diperolehi secara langsung daripada anda melalui pelbagai kaedah seperti borang-borang permohonan atau pembelian, kad perniagaan, pembelian produk atau perkhidmatan, kehadiran anda di program-program anjuran kami, dan lain-lain aktiviti yang berkaitan, sama ada dalam talian atau luar talian
  3. komen yang anda tinggalkan dalam laman sesawang kami
  4. maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber lain yang sah seperti pangkalan data dan pihak ketiga
IV. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi anda untuk:

  1. memproses permohonan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kami
  2. menyampaikan produk, perkhidmatan, notis, dan dokumen lain kepada anda
  3. menyelesaikan aduan atau masalah penghantaran (sekiranya berlaku)
  4. menghantar pemasaran produk atau perkhidmatan baru kepada anda (dengan persetujuan baharu)
  5. mengesan spam dalam komen yang ditinggalkan oleh pelawat
V. PEMPROSESAN DATA PERIBADI

Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Kami tidak melakukan apa-apa pemindahan data peribadi ke luar dari Malaysia.

VI. PENZAHIRAN DATA PERIBADI

Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:

  1. syarikat bersekutu, anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan;
  2. penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan pemproses data WST;
  3. rakan kongsi perniagaan WST;
  4. juruaudit, akauntan, peguam atau penasihat profesional yang lain dan / atau perunding sebagaimana yang kami fikir perlu dan sesuai; dan
  5. mana-mana pihak yang di mana pendedahan kami adalah diwajibkan atau dikehendaki di bawah undang-undang atau sebagai maklumbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang-undang yang diberi kuasa oleh undang-undang.
VII. LANGKAH KESELAMATAN

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  1. memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
  2. memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
  3. melaksanakan kontrak atau perjanjian perlindungan data peribadi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan / atau pemproses data
VIII. TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI

Kami menyimpan maklumat peribadi anda selagi kami memerlukan maklumat tersebut untuk tujuan seperti yang telah dinyatakan di para TUJUAN PENGUMPULAN. Kami menyimpan

  • imej pegun dan rakaman anda semasa kursus selama 3 tahun untuk tujuan pemantauan dan pengauditan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan / atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad;
  • maklumat pesanan dan pembelian anda selama 7 tahun untuk tujuan perakaunan dan percukaian.
  • maklumat peribadi dan kehadiran kursus anda secara kekal untuk tujuan pengesahan sekiranya timbul keperluan pengeluaran sijil ganti kursus.
IX. HAK ANDA

Anda berhak untuk:

  1. membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
  2. mengakses data peribadi anda yang kami simpan
  3. menghentikan promosi produk atau perkhidmatan kami kepada anda
  4. menarik balik persetujuan memproses data peribadi
X. HUBUNGI KAMI

Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan yang berkaitan dengan data peribadi anda melalui:
Pn. Jean Ong
Koordinator Perlindungan Data Peribadi
190, Tingkat 1, Susuran Sultan Abdul Hamid 8,
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar, Kedah.
04-7722922
winsynergy@gmail.com

>> Kembali ke Laman Utama <<

– Dasar Privasi Notis Perlindungan Data Peribadi –