SSM Lesen Pendaftaran Fosim KKM. Sebagai seorang pengusaha perniagaan makanan, adalah penting untuk anda pastikan bahawa kesemua dokumen perniagaan yang diperlukan lengkap dan sentiasa bersedia untuk diperiksa. Ini merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap pengusaha perniagaan makanan. Dengan adanya dokumen-dokumen ini, sesuatu perniagaan itu diperakui sah kewujudannya menurut undang-undang. Ini memberikan kredibiliti ke atas sesuatu perniagaan tersebut dan seterusnya meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Jadi apakah dokumen yang wajib disediakan oleh pengusaha perniagaan makanan dan bagaimana anda boleh dapatkan dokumen-dokumen tersebut?
3 dokumen yang perlu ada untuk sesuatu perniagaan atau perusahaan makanan adalah:
Pendaftaran Perniagaan / Pendaftaran Syarikat / Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) – selalunya disebut sebagai SSM
Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Pendaftaran Premis Makanan – yang juga dikenali sebagai Pendaftaran FoSIM
Lazimnya dokumen-dokumen ini biasa disebut sebagai “lesen” oleh orang ramai, tetapi sebenarnya ketiga-tiga dokumen ini mempunyai tujuan yang berbeza dan dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang berlainan. Mari kita lihat satu per satu, dokumen-dokumen yang disebutkan di atas.
Semua perniagaan yang dijalankan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang lazimnya dikenali sebagai SSM. Ianya merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang berfungsi untuk mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan di Malaysia. Peniaga dan pengusaha boleh mendaftarkan perniagaan atau syarikat mengikut keperluan masing-masing. Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D), Perakuan Pemerbadanan Syarikat (Borang 9) atau Perakuan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad akan dikeluarkan oleh SSM mengikut jenis entiti yang didaftarkan.
Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen perniagaan/permis, permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan yang berkaitan jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun telah didaftarkan di SSM.
2. Lesen Perniagaan atau Lesen Premis
Pengusaha perniagaan makanan perlu juga mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Lazimnya, pemilik sesuatu perniagaan perlu membuat permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan atau lesen premis dengan PBT di kawasan di mana perniagaan atau perusahaan itu dijalankan. Dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti salinan pendaftaran perniagaan / syarikat, sijil kehadiran Latihan Pengendali Makanan, kad suntikan vaksin tifoid, dan ada kalanya perakuan pendaftaran premis makanan perlu dilampirkan sekali semasa permohonan.
3. Pendaftaran Premis Makanan
Premis makanan yang beroperasi di Malaysia perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keperluan untuk mendaftarkan premis makanan dinyatakan dalam Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, manakala jenis-jenis premis yang perlu didaftarkan adalah tersenarai di dalam Jadual Pertama, perundangan yang sama. Pengusaha perniagaan makanan boleh mendaftarkan premis makanan melalui laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM). Perakuan Pendaftaran Premis boleh dicetak melalui sistem FoSIM setelah pendaftaran berjaya. Para pengusaha perlu ingat bahawa perakuan tersebut wajib dipamerkan secara mudah dilihat di premis makanan dan bukan disimpan.
Pendaftaran premis makanan ini hanya terpakai kepada premis perniagaan yang menjalankan permiagaan yang berkaitan dengan penyediaan makanan sahaja. Premis perniagaan lain yang tidak melibatkan penyediaan makanan tidak perlu didaftarkan dengan KKM.
Jadi jelaslah bahawa ketiga-tiga dokumen ini adalah perkara berbeza dan dikawalselia oleh agensi kerajaan yang berlainan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang pemilik atau pengusaha perniagaan makanan, anda wajib untuk:
daftarkan perniagaan anda
buat permohonan lesen premis
daftarkan premis makanan anda.
Diharap perkongsian pada hari ini dapat membantu anda. Sekian.
Win Synergy Training 是其中一家马来西亚卫生部 (Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM / Ministry of Health Malaysia – MOH) 所认可的培训学院 (Sekolah Latihan Pengendali Makanan – SLPM). 我们为食品商贩和食品处理人员提供线下实体和线上食品处理人员培训课程。 每位学员收费只有 RM50.00,课程时间只是3 小时!
Sekolah Latihan Pengendali Makanan, atau pun lebih dikenali dengan nama singkatannya SLPM, merupakan organisasi yang telah mendapat akreditasi, iaitu pengiktirafan, daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia.
Sebagai tuan punya, pemunya atau penghuni premis, ataupun pengendali makanan, semestinya kita perlu membuat pilihan yang baik, di mana kita harus pilih untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan di mana-mana SLPM yang diiktiraf oleh KKM. Namun begitu, jika dilihat dalam internet, lambakan iklan-iklan kursus Latihan Pengendali Makanan yang wujud kadang kala boleh menyebabkan kita tertanya-tanya, adakah SLPM yang diiklankan itu benar-benar sah dan diiktiraf oleh KKM?
Jadi, persoalaannya adalah, bagaimanakah kita tentukan sama ada satu-satu SLPM itu diiktiraf oleh KKM atau pun tidak?
Untuk makluman, status kesahihan akreditasi sesebuah SLPM boleh disemak di laman sesawang ‘Food Safety Information System Malaysia‘ atau lebih dikenali sebagai FOSIM (https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home)
Langkah-langkah untuk semakan status (tarikh tamat) pengiktirafan SLPM di laman sesawang FOSIM:
1. Layari laman web rasmi FOSIM dan pilih “Akses Awam” pada menu pilihan. Anda akan dibawa ke halaman Akses Awam Fosim.
FOSIM Akses Awam
2. Pilih “Sekolah Latihan Pengendali Makanan” di bawah tajuk PENGENDALI MAKANAN. Anda akan dibawa ke halaman senarai SLPM. Maklumat SLPM disusun mengikut urutan Kod SLPM. Scroll ke bahagian bawah skrin atau ke halaman yang seterusnya untuk melihat maklumat SLPM yang dikehendaki.
FOSIM Akses Awam – SLPM
3. Anda juga boleh melakukan carian terperinci mengikut
i) No. Siri Pengiktirafan Sijil,
ii) No. Pendaftaran Syarikat,
iii) Nama Syarikat, atau
iv) Negeri SLPM tersebut didaftarkan
di bawah menu ‘Carian Terperinci”
FOSIM Akses Awam – Carian Terperinci SLPM
Semakan status kelulusan SLPM untuk penganjuran Kursus Dalam Talian (Online) di laman sesawang BKKM:
Untuk mengetahui sama ada satu-satu SLPM telah diberi kelulusan untuk mengadakan kursus dalam talian (online) ataupun tidak, anda perlu memuat turun (download) senarai SLPM yang telah diberi kelulusan di laman sesawang rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah menu Senarai Terkini SLPM Dalam Talian (Online),
Win Synergy Training merupakan salah sebuah SLPM yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Latihan Pengendali Makanan. Kami juga telah mendapat kelulusan untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian (Online) semenjak 14 April 2020.
FOSIM – Status Win Synergy Training
Anda tidak perlu risau atau bimbang ketika mendaftar dengan kami untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan. Kami sentiasa memastikan segala syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM dipenuhi dan pada masa yang sama akan melakukan yang terbaik bagi memastikan peserta kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi kursus yang dihadiri. Para pengusaha dan pengendali makanan dijemput untuk memilih sesi latihan yang dikehendaki di halaman pendaftaran kursus kami. >>> KLIK SINI UNTUK DAFTAR <<<
Diharap dengan ini para pengusaha dan pengendali makanan mendapat panduan dan petunjuk berkenaan cara-cara untuk menyemak status kesahihan pengiktirafan SLPM yang dipilih. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami pada hari ini.
Baru mula bisnes makanan? Tahukah anda apa dokumen-dokumen yang WAJIB ada di premis makanan?
Sebagai seorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan, ada menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kehendak-kehendak dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dipenuhi.
Berikut merupakan 3 dokumen yang WAJIB ada di semua premis makanan di Malaysia berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:
1. Sijil Latihan Pengendali Makanan
Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan di mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil kehadiran kursus akan diberi kepada peserta yang berjaya mengikuti keseluruhan kursus selama 3 jam.
2. Kad suntikan vaksin anti-tifoid
Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu mendapatkan suntukan vaksin anti-tifoid daripada mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar. Kad suntikan vaksin akan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang telah mendapatkan pelalian.
3. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan
Semua premis makanan yang beroperasi di Malaysia perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang dimaksudkan adalah dokumen yang dicetak dari laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FOSIM) selepas sesebuah premis makanan berjaya didaftarkan.
Adakah semua dokumen yang tersenarai di atas sudah lengkap dan tersedia untuk pemeriksaan oleh pihak berwajib? Jika ya, TAHNIAH! Anda dikira sudah bersedia untuk menghadapi lawatan pemeriksaan oleh penguatkuasa kesihatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi, JANGAN RISAU! Kami boleh bantu anda. Sila klik pautan di sebelah [>>> HUBUNGI KAMI <<<]untuk berhubung dengan kami melalui WhatsApp bagi mendapatkan nasihat tentang langkah seterusnya yang boleh anda ambil!
Untuk mereka yang baru mula bisnes makanan, pastikanlah dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas sudah tersedia di premis makanan anda bagi menggelakkan anda diambil tindakan oleh pihak berwajib!
Kursus Online Pengendali Makanan atau dikenali sebagai Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian. Kini, setiap sesi kursus Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian boleh dihadiri oleh 15 peserta. Sebelum ini, had maksimum peserta setiap sesi adalah seramai 10 orang peserta sahaja.