LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA ALOR SETAR

RM50.00

Maklumat Kursus:

  • Jangkamasa kursus minimum = 3 jam atau 4 jam (HRD Corp Claimable), tidak termasuk waktu persediaan dan rehat.
  • Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
  • Sijil sah seumur hidup

Maklumat Lanjut:

Langkah-langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar:

  1. Pilih tarikh dan masa kelas yang sesuai, leret ke bawah skrin, semak bilangan peserta dan tekan “Add to cart“.
  2. Pada laman seterusnya, leret ke bawah skrin dan tekan “Proceed to checkout“.
  3. Lengkapkan borang pesanan, leret ke bawah skrin dan tekan “Place Order” untuk membuat bayaran secara dalam talian.
  4. Ikut arahan gerbang pembayaran (payment gateway) pilihan anda – Billplz atau Razorpay-Curlec.
  5. Semak emel pengesahan pendaftaran selepas bayaran berjaya dibuat.
  6. Buat persediaan yang secukupnya sebelum sebelum mengukuti kelas.

Edaran Sijil

  • Sijil peserta HRD Corp Claimable Courses:
    • Sijil elektronik (PDF) akan die-mel kepada majikan selepas pihak majikan borang PSMB/SBL-Khas/JD/14 dan laporan kehadiran yang telah ditandatangani dan dicop dikembalikan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan dihantar ke alamat yang diisi dalam borang pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza mengikut kaedah penghantaran.
  • Sijil untuk lain-lain peserta:
    • Sijil asal (hardcopy) akan diserahkan kepada peserta pada hari yang sama setelah peserta menghadiri kursus sepenuhnya dan memenuhi semua syarat kursus.

HRD Corp Claimable Courses
Anda majikan yang berdaftar dengan HRD Corp dan ingin membuat tuntutan yuran kursus di bawah HRD Corp Claimable Courses? Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut

HRD Corp Claimable Courses

 

Tempahan – HRD Corp ROT B.Melayu

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
Lain-lain sesi latihan:

Alor Setar – Mandarin 华语 Tg. Tokong – B. Melayu Tg. Tokong – Mandarin 华语

 

Kelas Bersemuka Bahasa Melayu – Alor Setar

22HB MEI 2026 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

Out of stock

12HB JUN 2026 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

30 in stock

26HB JUN 2026 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

30 in stock

10HB JULAI 2026 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

30 in stock

24HB JULAI 2026 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

30 in stock

SKU: ONSITEASBM Categories: , Tags: , ,

Description

Latihan Pengendali Makanan Alor Setar. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya. Buat masa ini para pengendali makanan hanya perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan sekali sahaja dalam seumur hidup. Bayaran kursus adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja untuk setiap peserta. Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam. Jangkamasa ini tidak termasuk waktu persediaan dan waktu rehat. Para peserta perlu menjawab ujian pra-latihan sebelum kursus bermula . Peserta juga perlu menjawab ujian pasca latihan serta memberi maklumbalas berkenaan kursus melalui Borang Penilaian Kursus setelah kursus selesai. Sijil kehadiran kursus akan diberi terus kepada peserta yang berjaya menghadiri kursus sepenuhnya selepas kursus tamat.

Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:

  • Semua calon digalakkan memakai pelitup muka.
  • Hanya calon yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir
  • Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal

Oleh itu, dapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan Alor Setar sekarang.

Alamat Tempat Kursus (Alor Setar)
190 (Tkt 1), Susuran Sultan Abdul Hamid 8.
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar, Kedah.
Klik sini untuk Pautan Google Maps
Koordinat GPS: 6.1106459,100.360597