ALOR SETAR – LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA

RM50.00

Langkah untuk mendaftar

  1. Pilih tarikh dan masa.
  2. Tambah peserta jika perlu (^).
  3. Klik “Add to Cart”.
  4. Semak tarikh, masa dan bilangan peserta yang dipilih – pastikan BETUL sebelum teruskan.
  5. Klik “Proceed to checkout”.
  6. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang pendaftaran.
  7. Klik “Place Order” selepas anda selesai isi borang pendaftaran. Buat masa ini hanya kaedah pembayaran dalam talian secara FPX Online Banking melalui “toyyibPay” sahaja yang ditawarkan.
  8. Ikut arahan “toyyibPay”. Bayaran akan dikenakan di atas nama “TOYYIBPAY SDN. BHD.

PASTIKAN CALON BERSEDIA UNTUK HADIR KURSUS PADA TARIKH DAN MASA YANG DIPILIH.

Lain-lain pilihan sesi latihan:
[Klik sini untuk kelas B.MELAYU Bersemuka Pulau Pinang]
[Alor Setar 线下实体课中文班请点击此处]
[Pulau Pinang 线下实体课中文班请点击此处]

 

Kelas Bersemuka (Alor Setar)

20HB JAN 2025 (ISNIN) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

Out of stock

22HB JAN 2025 (RABU) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

Out of stock

23HB JAN 2025 (KHAMIS) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

Out of stock

14HB FEB 2025 (JUMAAT) 8:00PG HINGGA 11:30PG
RM50.00

28 in stock

SKU: ONSITEASBM Categories: , Tags: , ,

Description

Latihan Pengendali Makanan Alor Setar. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya. Buat masa ini para pengendali makanan hanya perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan sekali sahaja dalam seumur hidup. Bayaran kursus adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja untuk setiap peserta. Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam. Jangkamasa ini tidak termasuk waktu persediaan dan waktu rehat. Para peserta perlu menjawab ujian pra-latihan sebelum kursus bermula . Peserta juga perlu menjawab ujian pasca latihan serta memberi maklumbalas berkenaan kursus melalui Borang Penilaian Kursus setelah kursus selesai. Sijil kehadiran kursus akan diberi terus kepada peserta yang berjaya menghadiri kursus sepenuhnya selepas kursus tamat.

Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:

  • 😷 Semua peserta wajib memakai pelitup muka.
  • Hanya peserta yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir
  • Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal

Oleh itu, dapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan Alor Setar sekarang.

Alamat Tempat Kursus (Alor Setar)
190 (Tkt 1), Susuran Sultan Abdul Hamid 8.
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar, Kedah.
Klik sini untuk Pautan Google Maps
Koordinat GPS: 6.1106459,100.360597