LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DALAM TALIAN – Terjemahan Bahasa Bengali (Bangla)

RM50.00

Maklumat Kursus:

  • Jangkamasa kursus minimum = 3 jam+++, tidak termasuk waktu persediaan, rehat dan terjemahan.
  • Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
  • Sijil sah seumur hidup
  • Ikuti kelas dengan aplikasi ZOOM Meeting
  • Sila pastikan ada pembantu bersama peserta sepanjang sesi kursus jika peserta tidak biasa menggunakan ZOOM, Google Form, atau peranti (telefon/tablet/komputer)

Maklumat Lanjut:

Pra-Syarat Kursus Secara Dalam Talian
Sila pastikan calon boleh untuk mengikuti latihan secara dalam talian sebelum membuat pendaftaran.

Calon mesti mempunyai:

  • Peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil
    Setiap calon perlu menggunakan telefon, tablet, komputer riba, atau komputer sendiri dengan capaian internet yang stabil untuk Zoom dan Google Forms.
  • Kemahiran asas menggunakan peralatan digital
    Calon perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan Google Forms.
  • Bantuan semasa kelas, jika perlu
    Calon yang kurang cekap menggunakan peralatan atau aplikasi dalam talian mestilah dibantu semasa kelas.
  • Keupayaan untuk berkomunikasi dengan tenaga pengajar
    Calon mesti boleh berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam bahasa kelas yang dipilih..

Calon disarankan agar dipertimbangkan untuk untuk sesi latihan secara bersemuka atau sesi khusus dalaman (in-house) sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan untuk kursus awam secara dalam talian.

Langkah-langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar:

  1. Pilih tarikh dan masa kelas yang sesuai, skrol ke bawah skrin, semak bilangan peserta dan tekan “Add to cart“.
  2. Pada laman seterusnya, skrol ke bawah skrin dan tekan “Proceed to checkout“.
  3. Lengkapkan borang pesanan, skrol ke bawah skrin dan tekan “Place Order” untuk membuat bayaran secara dalam talian.
  4. Ikut arahan gerbang pembayaran (payment gateway) pilihan anda – Billplz (atau Razorpay-Curlec.
  5. Semak emel pengesahan pendaftaran selepas bayaran berjaya dibuat untuk pautan kelas.
  6. Buat persediaan yang secukupnya sebelum mengikuti kelas.

Penting: Pautan kelas disertakan dalan emel pengesahan. Sila kongsikan maklumat kelas kepada calon sekiranya anda membuat pemdaftaran bagi pihak anggota pasukan anda.

Pautan Kelas & E-mel Pengesahan

  • Selepas bayaran berjaya dibuat, pembuat pesanan akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran.
  • E-mel tersebut mengandungi pautan kelas, ID mesyuarat, kata laluan dan panduan persediaan kelas dalam talian.
  • Jika anda mendaftar bagi pihak orang lain, sila kongsikan maklumat tersebut kepada peserta dan pastikan mereka bersedia sebelum kelas bermula.
  • Sila semak folder spam atau junk jika e-mel tidak dijumpai.
Persediaan Kelas Dalam Talian
Calon perlu membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Sila klik butang di bawah untuk panduan persediaan kelas dalam talian:

Panduan Persediaaan Kelas Dalam Talian

Resit Rasmi, Invois dan Bukti Pembayaran

  • Sistem akan menghantar notifikasi pengesahan pembayaran secara automatik selepas pembayaran dalam talian berjaya dilakukan.

  • Resit rasmi dan invois tidak akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran dibuat.

  • Selepas kursus tamat dan kehadiran peserta disahkan, resit rasmi akan dikeluarkan dalam bentuk bercetak dan akan dihantar bersama-sama dengan sijil asal.

  • Sekiranya anda memerlukan invois atas nama syarikat, sila nyatakan semasa pendaftaran dan berikan maklumat syarikat yang lengkap, termasuk nama syarikat serta Nombor Pendaftaran Perniagaan Baru (BRN) SSM yang terdiri daripada 12 digit.

  • Sebarang permintaan khas (seperti invois kecemasan, invois format PDF, atau pindaan maklumat invois) adalah tertakluk kepada urusan pentadbiran dan mungkin memerlukan masa pemprosesan tambahan.

Edaran Sijil

  • Sijil peserta HRD Corp Claimable Courses:
    • Sijil elektronik (PDF) akan die-mel kepada majikan selepas pihak majikan borang PSMB/SBL-Khas/JD/14 dan laporan kehadiran yang telah ditandatangani dan dicop dikembalikan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan dihantar ke alamat yang diisi dalam borang pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza mengikut kaedah penghantaran.
  • Sijil untuk lain-lain peserta:
    • Sijil elektronik (PDF) akan dihantar ke WhatsApp pembuat pesanan (order placer) dalam masa 24 jam selepas kelas tamat.
    • Untuk menerima salinan sijil elektronik, sila pastikan nama dan nombor telefon WhatsApp diisi dengan betul di ruang maklumat pembuat pesanan.
    • Sijil asal (hardcopy) akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.
    • Tempoh penerimaan mungkin berbeza bergantung kepada kaedah penghantaran.

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
Klik butang di bawah untuk baca Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta kami.

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta

Lain-lain sesi latihan:

Dalam Talian – B.Melayu Dalam Talian – B.Inggeris Dalam Talian – B.Cina (Mandarin) Dalam Talian – Terjemahan B,Myanmar

 

Kelas Dalam Talian (Online) Dengan Terjemahan Bahasa Bengali (Bangla)

11HB JULAI 2026 (SABTU) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30TGH+++
RM50.00

Out of stock

SKU: ONLINEBG Categories: , Tags: , ,

Description

Latihan Pengendali Makanan Terjemahan Bengali (Bangla). Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus Pengendali Makanan Online dengan terjemahan Bahasa Bengali (Bangla) boleh diikuti melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet yang stabil.