Sekolah Latihan Pengendali Makanan Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekolah Latihan Pengendali Makanan, atau pun lebih dikenali dengan nama singkatannya SLPM, merupakan organisasi yang telah mendapat akreditasi, iaitu pengiktirafan, daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia.
Sebagai tuan punya, pemunya atau penghuni premis, ataupun pengendali makanan, semestinya kita perlu membuat pilihan yang baik, di mana kita harus pilih untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan di mana-mana SLPM yang diiktiraf oleh KKM. Namun begitu, jika dilihat dalam internet, lambakan iklan-iklan kursus Latihan Pengendali Makanan yang wujud kadang kala boleh menyebabkan kita tertanya-tanya, adakah SLPM yang diiklankan itu benar-benar sah dan diiktiraf oleh KKM?
Jadi, persoalaannya adalah, bagaimanakah kita tentukan sama ada satu-satu SLPM itu diiktiraf oleh KKM atau pun tidak?
Untuk makluman, status kesahihan akreditasi sesebuah SLPM boleh disemak di laman sesawang ‘Food Safety Information System Malaysia‘ atau lebih dikenali sebagai FOSIM (https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home)
Langkah-langkah untuk semakan status (tarikh tamat) pengiktirafan SLPM di laman sesawang FOSIM:
1. Layari laman web rasmi FOSIM dan pilih “Akses Awam” pada menu pilihan. Anda akan dibawa ke halaman Akses Awam Fosim.
2. Pilih “Sekolah Latihan Pengendali Makanan” di bawah tajuk PENGENDALI MAKANAN. Anda akan dibawa ke halaman senarai SLPM. Maklumat SLPM disusun mengikut urutan Kod SLPM. Scroll ke bahagian bawah skrin atau ke halaman yang seterusnya untuk melihat maklumat SLPM yang dikehendaki.
3. Anda juga boleh melakukan carian terperinci mengikut
i) No. Siri Pengiktirafan Sijil,
ii) No. Pendaftaran Syarikat,
iii) Nama Syarikat, atau
iv) Negeri SLPM tersebut didaftarkan
di bawah menu ‘Carian Terperinci”
Semakan status kelulusan SLPM untuk penganjuran Kursus Dalam Talian (Online) di laman sesawang BKKM:
Untuk mengetahui sama ada satu-satu SLPM telah diberi kelulusan untuk mengadakan kursus dalam talian (online) ataupun tidak, anda perlu memuat turun (download) senarai SLPM yang telah diberi kelulusan di laman sesawang rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah menu Senarai Terkini SLPM Dalam Talian (Online),
Win Synergy Training merupakan salah sebuah SLPM yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Latihan Pengendali Makanan. Kami juga telah mendapat kelulusan untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian (Online) semenjak 14 April 2020.
Anda tidak perlu risau atau bimbang ketika mendaftar dengan kami untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan. Kami sentiasa memastikan segala syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM dipenuhi dan pada masa yang sama akan melakukan yang terbaik bagi memastikan peserta kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi kursus yang dihadiri. Para pengusaha dan pengendali makanan dijemput untuk memilih sesi latihan yang dikehendaki di halaman pendaftaran kursus kami. >>> KLIK SINI UNTUK DAFTAR <<<
Diharap dengan ini para pengusaha dan pengendali makanan mendapat panduan dan petunjuk berkenaan cara-cara untuk menyemak status kesahihan pengiktirafan SLPM yang dipilih. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami pada hari ini.