Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017
Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017
Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017. Tahukah anda bahawa kesalahan-kesalahan seperti tidak melabel makanan yang sepatutnya berlabel, melabel makanan dengan kaedah yang tidak memenuhi keperluan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, tidak meletakkan tarikh luput pada makanan yang wajib ditanda tarikhnya, membuat akuan terhadap kebolehan sesuatu makanan yang mampu menyembuh atau merawat sesuatu penyakit, menyedia dan menjual air minumnan berbungkus tanpa lesen, menyedia ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan tanpa lesen atau mengendalikan mesin jualan air tanpa lesen boleh dikompaun mulai 1 Disember 2017?
Senarai Peraturan-Peraturan Yang Boleh Dikompaun
Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017 telah diwartakan pada 8hb Sempetmber 2017. Kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang boleh dikompaun yang disenaraikan dalam JADUAL PERTAMA adalah seperti berikut:
- Peraturan 9, Kehendak-kehendak am mengenai perlabelan makanan
- Peraturan 10, Bahasa yang hendak digunakan
- Peraturan 11, Butir-butir dalam perlabelan
- Peraturan 14, Penandaan tarikh
- Peraturan 16, Pembungkusan di premis jualan runcit
- Peraturan 18, Perkara yang dilarang pada mana-mana label
- Peraturan 18E, Akuan fungsi nutrien
- Peraturan 35, Penggunaan bungkusan yang rosak dilarang
- Peraturan 36, Patung, duit dll., tidak boleh diletakkan di dalam makanan
- Peraturan 360A, Air mineral semulajadi
- Peraturan 360B, Air minuman berbungkus
- Peraturan 360C, Air dari mesin jualan air
- Peraturan 361, Standard am bagi minuman beralkohol
- Peraturan 386A, Sebatian minuman keras
- Peraturan 394A, Standard bagi ais yang selamat digunakan
Sebenarnya jika dilihat di pasaran tempatan, terdapat lambakan produk makanan yang tidak dilabel mengikut keperluan yang digariskan dalam undang-undang. Selain daripada itu, para pengusaha juga jarang memberikan perhatian kepada pematuhan label makanan apabila membangunkan produk baru.
Justeru itu, diharap dengan adanya Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017, para pengusaha makanan akan lebih serius dalam memastikan maklumat yang perlu dizahirkan pada label makanan bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat agar dapat membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan barangan makanan, dan pada masa yang sama, menggelakkan daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan.