Peniaga Makanan Homebase, Kursus Pengendali Makanan, Tifoid & FoSIM 2022

Peniaga makanan homebase: kursus pengendali makanan, suntikan tifoid dan pendaftaran premis FoSIM KKM.

Siapa peniaga makanan homebase?

Peniaga makanan homebase merupakan pengusaha makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan. Ramai perniaga makanan homebase yang masih kurang jelas tentang keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi apabila mengusahakan perniagaan makanan dari rumah.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based Food) pada bulan Mac 2021 sebagai rujukan untuk mempertingkatkan pengetahuan pengusaha makanan yang berkaitan.

garispanduan-homebase-kkm-kursus-pengendali-makanan-tifoid-fosim

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diantara syarat asas sebagai pengusaha / pengendali makanan:

  1. Mendaftar dalam Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM).
  2. Mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid.
  3. Menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) dengan mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  4. Melaksanakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik
  5. Menjalankan pemeriksaan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan Sediaan Di Rumah

Pendaftaran premis di laman web FoSIM

Premis makanan yang beroperasi di dalam negara perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Premis makanan sediaan di rumah juga tidak terkecuali daripada keperluan ini. Dapur rumah yang terlibat dengan penyediaan makanan homebase termasuk dalam kategori P3 – Premis Dimana Makanan Disedia, Diproses, Disimpan Dan Dihidangkan Untuk Jualan. Pendaftaran boleh dibuat sendiri oleh pengusaha peniagaan makanan di laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia.

Pelalian vaksin anti-tifoid

Semua pengendali makanan yang berkerja di Malaysia perlu mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid. Demam kepialu, atau deman tifoid (typhoid fever) adalah satu jangkitan bawaan makanan yang disebabkan oleh bakeria Salmonella typhi. Penyakit ini boleh tersebar melalui makanan ataupun bekalan air yang dicemari dengan bakteria S.typhi. Bakteria ini lazimnya dibawa dalam darah dan saluran usus manusia yang telah dijangkiti.

Peraturan 31(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan bahawa, semua pengendali makanan perlu diberi vaksin oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Vaksin yang dimaksudkan di sini adalah vaksin anti-tifoid.

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan yang berkerja di Malaysia perlu menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini telah dinyatakan dalam Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kandungan kursus Latihan Pengendali Makanan merangkumi kesemua perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh  pengusaha dan peniaga makanan sediaan di rumah. Peserta kursus akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman tentang cara-cara perlaksanaan keperluan yang telah dinyatakan.

Amalan kebersihan dan keselamatan

Perlaksanaan amalan kebersihan dan keselamatan yang dimaksudkan termasuk:

  1. Amalan asas kebersihan diri
  2. Pengunaan air dan ais
  3. Pemilihan dan pembelian bahan mentah
  4. Penyimpanan bahan mentah
  5. Kawalan proses bagi penyediaan makanan
  6. Pelabelan makanan
  7. Pengangkutan dan pengedaran
  8. Kawalan makhluk perosak
  9. Pemeriksaan kendiri

Pengusaha dan peniaga makanan sediaan di rumah perlu memberi keyakinan kepada pelanggan dan pengguna yang makanan yang disediakan di rumah adalah bersih, selamat dan setanding dengan hidangan yang disediakan di dapur-dapur komersial. Oleh itu, sebagai langkah pertama ke arah tersebut, pengusaha dan pengendali makanan perlu faham akan peranan dan tanggungjawab yang dipikul.

Win Synergy Training merupakan salah sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada para pengusaha dan pengendali makanan secara bersemuka dan atas-talian (online). Bayaran kursus hanya RM50.00 untuk setiap peserta dan jangkamasa kursus hanya 3 jam sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi?? Hubungi kami sekarang untuk booking slot anda!

Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian (On-line)

Peniaga makanan homebase: kursus pengendali makanan, suntikan tifoid dan pendaftaran premis FoSIM KKM.