pelitup-muka-kursus-typhoid-2023-face-mask-training-vaccination-卫生课程

Arahan Pemakaian Pelitup Muka 2023 (Selangor)

Arahan Pemakaian Pelitup Muka 2023 (Selangor)

Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan arahan wajib pemakaian pelitup muka ke atas semua peniaga, penyedia dan pengendali makanan mulai 1 Januari 2023.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Najmuddin Jemain, arahan berkenaan telah dikeluarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 7 September 2022.

Semua peniaga, penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.

Selain daripada pemakaian pelitup muka, semua pengendali makanan juga wajib menghadiri Latihan Pengendali Makanan serta mendapatkan suntikan vaksin anti-tifoid sebelum mengendalikan apa-apa makanan di premis makanan.

Sekarang para pengendali makanan boleh pilih sama ada untuk mengikuti kursus Latihan Pengendali Makanan secara bersemuka atau dalam talian (online).

Latihan Pengendali Makanan

Diiktiraf oleh:
✅ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
✅ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran / Majlis Daerah

Lain-lain Maklumat Kursus:
💲 Bayaran untuk kursus dalam talian dan kursus bersemuka adalah sama, iaitu lima puluh ringgit (RM50.00) sahaja!
✅ Sijil sah seumur hidup – hanya perlu hadir SATU kali sahaja.
✅ Pilihan bahasa: Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien

Kursus Dalam Talian (Online)
  • ✅ Sijil digital pada hari yang sama.
  • ✅ Sijil asal (ori) dihantar dengan kurier PERCUMA 🆓 tanpa caj tambahan
  • Belajar menggunakan aplikasi ZOOM
  • Peserta boleh ikuti kursus dengan telefon pintar / tablet 📱 laptop 💻 atau komputer peribadi 🖥️

Kelebihan sesi dalam talian (online)

  • Tiada traffic jam ❌🚗🚕🚙🚌
  • Tak perlu bayar tol ❌💸
  • Tak payah bayar parking ❌💸

Kursus online selamat dan mudah!

Kursus Bersemuka

Untuk pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian, anda masih boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka.

Syarat-syarat kursus bersemuka:

  • ✔️ Dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin 💉💉
  • Peserta perlu pamerkan sijil lengkap vaksin
  • Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal
  • 😷 Semua peserta wajib memakai pelitup muka.
  • ‼️ Hanya peserta yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir

Tunggu apa lagi?? Klik butang di bawah untuk booking slot anda dan dapatkan Sijil Pengendali Makanan 2022!

Latihan Pengendali Makanan Awam Dalam Talian (On-line)
Latihan Pengendali Makanan Awam Bersemuka
sijil-kursus-pengendali-makanan-2022-food-handler-training-卫生课程-winsynergy

Sijil Pengendali Makanan 2022

Latihan Pengendali Makanan Bersemuka Dan Online

Sijil Pengendali Makanan 2022. Semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia perlu dapatkan sijil kehadiran Latihan Pengendali Makanan. Sekarang para pengendali makanan boleh pilih sama ada untuk mengikuti kursus Latihan Pengendali Makanan secara bersemuka atau dalam talian (online).

Sijil Pengendali Makanan 2022

Diiktiraf oleh:
✅ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
✅ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran / Majlis Daerah

Lain-lain Maklumat Kursus:
💲 Bayaran untuk kursus dalam talian dan kursus bersemuka adalah sama, iaitu lima puluh ringgit (RM50.00) sahaja!
✅ Sijil sah seumur hidup – hanya perlu hadir SATU kali sahaja.
✅ Pilihan bahasa: Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien

Kursus Dalam Talian (Online)
  • ✅ Sijil digital pada hari yang sama.
  • ✅ Sijil asal (ori) dihantar dengan kurier PERCUMA 🆓 tanpa caj tambahan
  • Belajar menggunakan aplikasi ZOOM
  • Peserta boleh ikuti kursus dengan telefon pintar / tablet 📱 laptop 💻 atau komputer peribadi 🖥️

Kelebihan sesi dalam talian (online)

  • Tiada traffic jam ❌🚗🚕🚙🚌
  • Tak perlu bayar tol ❌💸
  • Tak payah bayar parking ❌💸

Kursus online selamat dan mudah!

Kursus Bersemuka

Untuk pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian, anda masih boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka.

Syarat-syarat kursus bersemuka:

  • ✔️ Dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin 💉💉
  • Peserta perlu pamerkan sijil lengkap vaksin
  • Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal
  • 😷 Semua peserta wajib memakai pelitup muka.
  • ‼️ Hanya peserta yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir

Anda tidak perlu risau – semua tenaga pengajar kami sudah lengkap menerima vaksin 💉💉

2022 – Kita jaga kita! 😷😷😷

Tunggu apa lagi?? Klik butang di bawah untuk booking slot anda dan dapatkan Sijil Pengendali Makanan 2022!

Latihan Pengendali Makanan Awam Dalam Talian (On-line)
Latihan Pengendali Makanan Awam Bersemuka
peniaga-makanan-homebase-food-business-住家式食品-kursus-fosim

Peniaga Makanan Homebase, Kursus Pengendali Makanan, Tifoid & FoSIM 2022

Peniaga makanan homebase: kursus pengendali makanan, suntikan tifoid dan pendaftaran premis FoSIM KKM.

Siapa peniaga makanan homebase?

Peniaga makanan homebase merupakan pengusaha makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan. Ramai perniaga makanan homebase yang masih kurang jelas tentang keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi apabila mengusahakan perniagaan makanan dari rumah.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based Food) pada bulan Mac 2021 sebagai rujukan untuk mempertingkatkan pengetahuan pengusaha makanan yang berkaitan.

garispanduan-homebase-kkm-kursus-pengendali-makanan-tifoid-fosim

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diantara syarat asas sebagai pengusaha / pengendali makanan:

  1. Mendaftar dalam Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM).
  2. Mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid.
  3. Menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) dengan mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  4. Melaksanakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik
  5. Menjalankan pemeriksaan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan Sediaan Di Rumah

Pendaftaran premis di laman web FoSIM

Premis makanan yang beroperasi di dalam negara perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Premis makanan sediaan di rumah juga tidak terkecuali daripada keperluan ini. Dapur rumah yang terlibat dengan penyediaan makanan homebase termasuk dalam kategori P3 – Premis Dimana Makanan Disedia, Diproses, Disimpan Dan Dihidangkan Untuk Jualan. Pendaftaran boleh dibuat sendiri oleh pengusaha peniagaan makanan di laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia.

Pelalian vaksin anti-tifoid

Semua pengendali makanan yang berkerja di Malaysia perlu mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid. Demam kepialu, atau deman tifoid (typhoid fever) adalah satu jangkitan bawaan makanan yang disebabkan oleh bakeria Salmonella typhi. Penyakit ini boleh tersebar melalui makanan ataupun bekalan air yang dicemari dengan bakteria S.typhi. Bakteria ini lazimnya dibawa dalam darah dan saluran usus manusia yang telah dijangkiti.

Peraturan 31(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan bahawa, semua pengendali makanan perlu diberi vaksin oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Vaksin yang dimaksudkan di sini adalah vaksin anti-tifoid.

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan yang berkerja di Malaysia perlu menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini telah dinyatakan dalam Peraturan 30(1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kandungan kursus Latihan Pengendali Makanan merangkumi kesemua perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh  pengusaha dan peniaga makanan sediaan di rumah. Peserta kursus akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman tentang cara-cara perlaksanaan keperluan yang telah dinyatakan.

Amalan kebersihan dan keselamatan

Perlaksanaan amalan kebersihan dan keselamatan yang dimaksudkan termasuk:

  1. Amalan asas kebersihan diri
  2. Pengunaan air dan ais
  3. Pemilihan dan pembelian bahan mentah
  4. Penyimpanan bahan mentah
  5. Kawalan proses bagi penyediaan makanan
  6. Pelabelan makanan
  7. Pengangkutan dan pengedaran
  8. Kawalan makhluk perosak
  9. Pemeriksaan kendiri

Pengusaha dan peniaga makanan sediaan di rumah perlu memberi keyakinan kepada pelanggan dan pengguna yang makanan yang disediakan di rumah adalah bersih, selamat dan setanding dengan hidangan yang disediakan di dapur-dapur komersial. Oleh itu, sebagai langkah pertama ke arah tersebut, pengusaha dan pengendali makanan perlu faham akan peranan dan tanggungjawab yang dipikul.

Win Synergy Training merupakan salah sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada para pengusaha dan pengendali makanan secara bersemuka dan atas-talian (online). Bayaran kursus hanya RM50.00 untuk setiap peserta dan jangkamasa kursus hanya 3 jam sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi?? Hubungi kami sekarang untuk booking slot anda!

Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian (On-line)

Peniaga makanan homebase: kursus pengendali makanan, suntikan tifoid dan pendaftaran premis FoSIM KKM.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekolah Latihan Pengendali Makanan, atau pun lebih dikenali dengan nama singkatannya SLPM, merupakan organisasi yang telah mendapat akreditasi, iaitu pengiktirafan, daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia.

Sebagai tuan punya, pemunya atau penghuni premis, ataupun pengendali makanan, semestinya kita perlu membuat pilihan yang baik, di mana kita harus pilih untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan di mana-mana SLPM yang diiktiraf oleh KKM. Namun begitu, jika dilihat dalam internet, lambakan iklan-iklan kursus Latihan Pengendali Makanan yang wujud kadang kala boleh menyebabkan kita tertanya-tanya, adakah SLPM yang diiklankan itu benar-benar sah dan diiktiraf oleh KKM?

Jadi, persoalaannya adalah, bagaimanakah kita tentukan sama ada satu-satu SLPM itu diiktiraf oleh KKM atau pun tidak?

Untuk makluman, status kesahihan akreditasi sesebuah SLPM boleh disemak di laman sesawang ‘Food Safety Information System Malaysia‘ atau lebih dikenali sebagai FOSIM (https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home)

FOSIM Homepage

FOSIM Homepage | https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home

Langkah-langkah untuk semakan status (tarikh tamat) pengiktirafan SLPM di laman sesawang FOSIM:

1. Layari laman web rasmi FOSIM dan pilih “Akses Awam” pada menu pilihan. Anda akan dibawa ke halaman Akses Awam Fosim.

FOSIM Akses Awam

FOSIM Akses Awam

2. Pilih “Sekolah Latihan Pengendali Makanan” di bawah tajuk PENGENDALI MAKANAN. Anda akan dibawa ke halaman senarai SLPM. Maklumat SLPM disusun mengikut urutan Kod SLPM. Scroll ke bahagian bawah skrin atau ke halaman yang seterusnya untuk melihat maklumat SLPM yang dikehendaki.

FOSIM - Sekolah Latihan Pengendali Makanan

FOSIM Akses Awam – SLPM

3. Anda juga boleh melakukan carian terperinci mengikut

i) No. Siri Pengiktirafan Sijil,

ii) No. Pendaftaran Syarikat,

iii) Nama Syarikat, atau

iv) Negeri SLPM tersebut didaftarkan

di bawah menu ‘Carian Terperinci”

FOSIM - Carian Terperinci Sekolah Latihan Pengendali Makanan

FOSIM Akses Awam – Carian Terperinci SLPM

Semakan status kelulusan SLPM untuk penganjuran Kursus Dalam Talian (Online) di laman sesawang BKKM:

Untuk mengetahui sama ada satu-satu SLPM telah diberi kelulusan untuk mengadakan kursus dalam talian (online) ataupun tidak, anda perlu memuat turun (download) senarai SLPM yang telah diberi kelulusan di laman sesawang rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah menu Senarai Terkini SLPM Dalam Talian (Online),

Win Synergy Training merupakan salah sebuah SLPM yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Latihan Pengendali Makanan. Kami juga telah mendapat kelulusan untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian (Online) semenjak 14 April 2020.

FOSIM - Status Win Synergy Training

FOSIM – Status Win Synergy Training

Anda tidak perlu risau atau bimbang ketika mendaftar dengan kami untuk menghadiri Latihan Pengendali Makanan. Kami sentiasa memastikan segala syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM dipenuhi dan pada masa yang sama akan melakukan yang terbaik bagi memastikan peserta kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi kursus yang dihadiri. Para pengusaha dan pengendali makanan dijemput untuk memilih sesi latihan yang dikehendaki di halaman pendaftaran kursus kami. >>> KLIK SINI UNTUK DAFTAR <<<

Diharap dengan ini para pengusaha dan pengendali makanan mendapat panduan dan petunjuk berkenaan cara-cara untuk menyemak status kesahihan pengiktirafan SLPM yang dipilih. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami pada hari ini.

siapa perlu hadir kursus pengendali makanan

Perlukah saya pergi kursus?

Siapa perlu kursus pengendali makanan ?

“Aku beniaga makanan dari rumah jer…. kena pegi kursus ke?

Sila tonton video ini sekiranya persoalan ini pernah bermain di dalam kepala anda.

“Perlukah saya menjalani Latihan Pengendali Makanan?

Sebelum itu, mari kita kenali dahulu siapakah yang dimaksudkan sebagai seorang pengendali makanan.

== == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == ==​

Menurut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, “pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:

a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
b) menyentuh makanan atau permukaan menyentuh makanan, dan
c) mengendalikan makanan yang berbungkus, tidak dibungkus, atau perkakas,

dalam mana-mana premis makanan.
(termasuk juga mereka yang berniaga dan menjual makanan secara “home-based” dari rumah)

== == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == == ==​

Jadi, siapa perlu kursus pengendali makanan? Adakah anda seorang pengendali makanan?

Sekiranya jawapan anda adalah “YA”, maka, anda perlu menjalani Latihan Pengendali Makanan.

Win Synergy Training merupakan salah sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan kursus Latihan Pengendali Makanan kepada para pengusaha dan pengendali makanan secara bersemuka dan atas-talian (online). Bayaran kursus hanya RM50.00 untuk setiap peserta dan jangkamasa kursus hanya 3 jam sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi?? Hubungi kami sekarang untuk booking slot anda!

LIKE and SHARE video ni jika anda suka.

Latihan Pengendali Makanan Awam Dalam Talian (On-line)
Latihan Pengendali Makanan Awam Bersemuka
baru nak mula bisnes makanan

Baru nak mulakan bisnes makanan?

Baru mula bisnes makanan? Tahukah anda apa dokumen-dokumen yang WAJIB ada di premis makanan?

Sebagai seorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan, ada menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kehendak-kehendak dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dipenuhi.

Berikut merupakan 3 dokumen yang WAJIB ada di semua premis makanan di Malaysia berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:

1. Sijil Latihan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan di mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil kehadiran kursus akan diberi kepada peserta yang berjaya mengikuti keseluruhan kursus selama 3 jam.

2. Kad suntikan vaksin anti-tifoid

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu mendapatkan suntukan vaksin anti-tifoid daripada mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar. Kad suntikan vaksin akan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang telah mendapatkan pelalian.

3. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan

Semua premis makanan yang beroperasi di Malaysia perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang dimaksudkan adalah dokumen yang dicetak dari laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FOSIM) selepas sesebuah premis makanan berjaya didaftarkan.

Adakah semua dokumen yang tersenarai di atas sudah lengkap dan tersedia untuk pemeriksaan oleh pihak berwajib? Jika ya, TAHNIAH! Anda dikira sudah bersedia untuk menghadapi lawatan pemeriksaan oleh penguatkuasa kesihatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi,  JANGAN RISAU! Kami boleh bantu anda. Sila klik  pautan di sebelah [>>> HUBUNGI KAMI <<<] untuk berhubung dengan kami melalui WhatsApp  bagi mendapatkan nasihat tentang langkah seterusnya yang boleh anda ambil!

Untuk mereka yang baru mula bisnes makanan, pastikanlah dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas sudah tersedia di premis makanan anda bagi menggelakkan anda diambil tindakan oleh pihak berwajib!

Latihan Pengendali Makanan Atas Talian Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kursus Pengendali Makanan PKP. Win Synergy Training Sdn. Bhd. telah mendapat kebenaran Bahagian Keselamatan dan Kualit Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Secara Dalam Talian (Online) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bayaran dan jangkamasa kursus dalam talian masih sama dengan kursus bersemuka, iaitu sebanyak RM50.00 setiap peserta untuk tempoh 3 jam. Untuk makluman, waktu 3 jam kursus tidak termasuk waktu persediaan sistem dan waktu rehat. Walaubagaimanapun, bilangan peserta setiap kelas dihadkan kepada 10 orang sahaja untuk sesi dalam talian berbanding dengan 30 orang setiap sesi untuk kelas bersemuka.

Para peserta boleh mengikuti kursus dalam talian menggunakan komputer meja, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Nota dan bahan rujukan kursus akan diedarkan secara elektronik kepada semua peserta. Untuk kursus secara dalam talian ini, para peserta juga perlu menjawab soalan kuiz selepas selesai setiap topik pembelajaran. Ini merupakan keperluan baru yang disyaratkan oleh BKKM selain daripada ujian pra dan pasca kursus. Selain daripada itu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang menganjurkan kursus dalam talian perlu merakam sesi latihan sepanjang ianya berlangsung dan menghantar rakaman latihan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk semakan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas kursus dijalankan. 

Oleh itu jangan berlengah lagi… daftarlah untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan PKP dan dapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan anda sekarang!

Kursus Pengendali Makanan PKP

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Kursus Latihan Pengendali MakananSebagai pengusaha makanan, adakah anda menghadapi masalah seperti ini?

“Alamak!! Kedai kena tutup dengan Kesihatan!”

“Alaaaa… kena kompaun pasal belum kursus lagi….”

Adakah anda menghadapi masalah seperti ini bila mencari penyedia latihan KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN?

    • Apedia, kelas paling dekat pada minggu depan? Takde ke kelas yang lagi cepat?? Kedai kena tutup ni!
    • Masa kursus dalam jadual tak ngam dengan waktu kerja laaa…
    • Jauh sangat laaa… macam mana nak pi…???
    • Apa? Kelas kena cancel sebab tak cukup peserta???
    • Dah sampai tempat kursus ni, tapi tempat parking takdak pulak – tensyenyerrr!!!!

Hubungi kami dan masalah anda akan selesai!

  • Tempat letak kereta yang mencukupi di pusat latihan kami – masalah parking anda selesai!
  • Kelas IN-HOUSE – kami pergi ke tempat anda!*tertakluk kepada terma & syarat
  • Kelas Awam mingguan atau bulanan di Alor Setar / Sungai Petani / Langkawi – tak payah tunggu lama-lama!
  • Kelas-kelas kecil di Jitra / Changloon / Baling / Sik / Kulim / Kuala Nerang

Kursus Latihan Pengendali Makanan – kita setelkan hari ni jugak!

Hubingi kami 019-413 9922 atau 019-4149922

(terus klik pada nombor untuk terus WhatsApp)