Description
Latihan Pengendali Makanan Sungai Petani. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya. Buat masa ini para pengendali makanan hanya perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan sekali sahaja dalam seumur hidup. Bayaran kursus adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja untuk setiap peserta. Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam. Jangkamasa ini tidak termasuk waktu persediaan dan waktu rehat. Para peserta perlu menjawab ujian pra-latihan sebelum kursus bermula . Peserta juga perlu menjawab ujian pasca latihan serta memberi maklumbalas berkenaan kursus melalui Borang Penilaian Kursus setelah kursus selesai. Sijil kehadiran kursus akan diberi terus kepada peserta yang berjaya menghadiri kursus sepenuhnya selepas kursus tamat.
Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:
- 😷 Semua peserta wajib memakai pelitup muka.
- Hanya peserta yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir
- Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal
Oleh itu, dapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan Sungai Petani sekarang.