SG. PETANI – LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSEMUKA

RM50.00

Panduan pendaftaran

  1. Pilih sesi yang dikehendaki.
  2. Tambah bilangan peserta jika perlu (^).
  3. Klik “Add to Cart” untuk langkah seterusnya.
  4. Semak pilihan sesi dan bilangan peserta。Klik “Proceed to checkout” selepas pengesahan untuk langkah seterusnya.
  5. Masukkan maklumat yang berkenaan:
    • Nama penuh,
    • No. Kad Pengenalan atau Pasport,
    • No. telefon bimbit (yang boleh dihubungi melalui aplikasi Whatsapp),
    • Emel,
    • Alamat surat-menyurat,
    • Nama syarikat atau majikan,
    • Alamat tempat bekerja,
    • Jenis premis makanan
  1. Sila masukkan maklumat diri untuk wakil bagi pendaftaran secara berkumpulan. Pihak kami akan menghubungi wakil kumpulan untuk mendapatkan maklumat peserta-peserta lain.
  2. Klik “Place Order” selepas anda selesai isi borang pendaftaran.
  3. Peserta yang mendaftar untuk mengikuti kelas bersemuka boleh membuat bayaran semasa menghadiri kursus. Kaedah pembayaran yang boleh dipilih termasuk secara tunai, pemindahan bank atau dompet elektronik (e-wallet).

[Klik di sini untuk kelas Bahasa Cina 中文班请点击此处]

27HB APRIL 2021 (SELASA) 9:00AM - 12:00PM
RM50.00

Out of stock

SKU: ONSITESPBM Categories: , Tags: , ,

Description

Latihan Pengendali Makanan Sungai Petani. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan sebagainya. Buat masa ini para pengendali makanan hanya perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan sekali sahaja dalam seumur hidup. Bayaran kursus adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja untuk setiap peserta. Jangkamasa minimum kursus adalah 3 jam. Jangkamasa ini tidak termasuk waktu persediaan dan waktu rehat. Para peserta perlu menjawab ujian pra-latihan sebelum kursus bermula . Peserta juga perlu menjawab ujian pasca latihan serta memberi maklumbalas berkenaan kursus melalui Borang Penilaian Kursus setelah kursus selesai. Sijil kehadiran kursus akan diberi terus kepada peserta yang berjaya menghadiri kursus sepenuhnya selepas kursus tamat.

Pengendali makanan yang menghadapi masalah capaian internet atau tiada alat yang sesuai untuk ikuti kursus dalam talian boleh memilih untuk hadir sesi kursus bersemuka. Syarat-syarat kursus bersemuka:

  • 😷 Semua peserta wajib memakai pelitup muka.
  • Hanya peserta yang tidak bergelaja sahaja dibenarkan hadir
  • Tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal

Oleh itu, dapatkan sijil Latihan Pengendali Makanan Sungai Petani sekarang.