Baru nak mulakan bisnes makanan?
Baru mula bisnes makanan? Tahukah anda apa dokumen-dokumen yang WAJIB ada di premis makanan?
Sebagai seorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan, ada menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kehendak-kehendak dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dipenuhi.
Berikut merupakan 3 dokumen yang WAJIB ada di semua premis makanan di Malaysia berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:
1. Sijil Latihan Pengendali Makanan
Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan di mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil kehadiran kursus akan diberi kepada peserta yang berjaya mengikuti keseluruhan kursus selama 3 jam.
2. Kad suntikan vaksin anti-tifoid
Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu mendapatkan suntukan vaksin anti-tifoid daripada mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar. Kad suntikan vaksin akan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang telah mendapatkan pelalian.
3. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan
Semua premis makanan yang beroperasi di Malaysia perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang dimaksudkan adalah dokumen yang dicetak dari laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FOSIM) selepas sesebuah premis makanan berjaya didaftarkan.
Adakah semua dokumen yang tersenarai di atas sudah lengkap dan tersedia untuk pemeriksaan oleh pihak berwajib? Jika ya, TAHNIAH! Anda dikira sudah bersedia untuk menghadapi lawatan pemeriksaan oleh penguatkuasa kesihatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi, JANGAN RISAU! Kami boleh bantu anda. Sila klik pautan di sebelah [>>> HUBUNGI KAMI <<<] untuk berhubung dengan kami melalui WhatsApp bagi mendapatkan nasihat tentang langkah seterusnya yang boleh anda ambil!
Untuk mereka yang baru mula bisnes makanan, pastikanlah dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas sudah tersedia di premis makanan anda bagi menggelakkan anda diambil tindakan oleh pihak berwajib!