Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
1. Penarikan diri
1.1 Sekiranya timbul permohonan untuk menarik diri daripada menyertai kursus latihan:
- 50% bayaran balik yuran kursus untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan 7 hari atau lebih sebelum tarikh kursus bermula;
- 25% bayaran balik yuran kursus untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan dalam masa kurang daripada 7 hari sebelum tarikh kursus bermula;
- TIADA BAYARAN BALIK untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan dalam masa kurang daripada 24 jam sebelum kursus bermula, atau untuk peserta tidak hadir tanpa sebab (ditakrifkan sebagai peserta yang tidak menghadirkan diri ke program latihan tanpa pemberitahuan awal). Namun begitu, permohonan untuk penjadualan semula atau penggantian peserta boleh dibuat.
1.2 Keputusan bayaran balik yuran kursus untuk penarikan diri peserta adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat yang dihantar serta kelulusan daripada pihak pengurusan Win Synergy Training Sdn. Bhd.
2. Penjadualan semula dan penggantian peserta
2.1 Permohonan untuk penjadualan semula atau penggantian peserta boleh dibuat sekiranya peserta yang sudah mendaftar tidak dapat menghadiri kursus.
2.2 Sekiranya tarikh dan masa baharu tidak dapat ditentukan untuk penjadualan semula, atau peserta baharu tidak dapat dikenalpasti untuk penggantian, maka pendaftaran akan disifatkan sebagai TERTANGGUH. Sila ambil maklum bahawa TIADA BAYARAN BALIK akan dibuat ke atas pendaftaran yang TERTANGGUH.
2.3 Untuk pendaftaran yang disifatkan sebagai TERTANGGUH, makluman tarikh dan masa baharu atau peserta baharu boleh dibuat secara bertulis melalui emel seperti yang dinyatakan di bawah (Para 3.1). Penerimaan penjadualan semula atau penggantian peserta tertakluk kepada kekosongan yang sedia ada semasa makluman dibuat.
2.4 Penjadualan semula dan penggantian peserta hanya boleh dibuat untuk kursus latihan yang sama dan bukan untuk kursus latihan yang berlainan.
2.5 TIADA BAYARAN BALIK akan dibuat sekiranya peserta masih gagal untuk hadir kursus selepas penjadualan semula atau penggantian peserta.
3. Penghantaran permohonan
3.1 Permohonan untuk penarikan diri, penjadualan semula atau penggantian peserta perlu dibuat secara bertulis dengan menghantar e-mel kepada wp.winsynergy@gmail.com sebelum kursus bermula dengan menyatakan maklumat-maklumat berikut:
a. Maklumat pemohon (nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, dan nombor telefon)
b. Maklumat peserta (jika berlainan dari maklumat pemohon)
c. Nama kursus yang didaftarkan
d. Tarikh dan masa kursus didaftarkan
e. Jenis permohonan: (1) Penarikan Diri / (2) Penjadualan Semula / (3) Penggantian Peserta
f. Keterangan lanjut berkenaan permohonan (sebab tarik diri dan maklumat akaun pembayaran / tarikh baru penjadualan / maklumat peserta ganti)
3.2 Pemohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diterima tidak lengkap atau tidak dapat disahkan. Permohonan susulan yang dikemukakan untuk isu atau perkara yang sama akan dianggap sebagai permohonan baharu.
3.3 Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Sebarang keputusan akan dimaklumkan melalui e-mel.
3.4 Permohonan dibuat melalui saluran atau kaedah yang lain daripada apa yang disebutkan di atas tidak akan dilayan.
3.5 Win Synergy Training Sdn Bhd berhak untuk mengubahsuai terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa pemakluman terlebih dahulu.
3.6 Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan Win Synergy Training Sdn Bhd berkenaan dengan permohonan yang dikemukakan adalah muktamad.
– Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta –
–