Description
Kursus Pengendali Makanan Online. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Kursus Pengendali Makanan Online boleh diikuti melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet yang stabil.
Kursus Online ️
- Jangkamasa kursus minimum = 3 jam (tidak termasuk waktu log masuk dan setup)
- Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
- Sijil sah seumur hidup
- Ikuti kelas dengan aplikasi ZOOM Meeting
Edaran sijil
- Sijil elektronik (PDF) akan dihantar ke WhatsApp pembuat pesanan (order placer) dalam masa 24 jam selepas kelas tamat.
- Untuk menerima salinan sijil elektronik, sila pastikan nama dan nombor telefon WhatsApp diisi dengan betul di ruang maklumat pembuat pesanan.
- Sijil asal (hardcopy) akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran. Tempoh penerimaan mungkin berbeza bergantung kepada kaedah penghantaran.
Pembuat pesanan / pegawai yang menjaga serta calon yang telah berjaya membuat bayaran akan dijemput masuk ke grup WhatsApp peserta dalam 12 jam sebelum waktu kursus. Pautan dan keperluan kursus serta bahan rujukan akan dikongsi dalam grup.
Klik untuk baca polisi ‘Bayaran Balik, Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta‘ kami.
>> Kembali ke Laman Utama <<