baru nak mula bisnes makanan

Baru nak mulakan bisnes makanan?

Baru mula bisnes makanan? Tahukah anda apa dokumen-dokumen yang WAJIB ada di premis makanan?

Sebagai seorang tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan, ada menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kehendak-kehendak dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dipenuhi.

Berikut merupakan 3 dokumen yang WAJIB ada di semua premis makanan di Malaysia berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:

1. Sijil Latihan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan di mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil kehadiran kursus akan diberi kepada peserta yang berjaya mengikuti keseluruhan kursus selama 3 jam.

2. Kad suntikan vaksin anti-tifoid

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis makanan perlu mendapatkan suntukan vaksin anti-tifoid daripada mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar. Kad suntikan vaksin akan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang telah mendapatkan pelalian.

3. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan

Semua premis makanan yang beroperasi di Malaysia perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang dimaksudkan adalah dokumen yang dicetak dari laman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FOSIM) selepas sesebuah premis makanan berjaya didaftarkan.

Adakah semua dokumen yang tersenarai di atas sudah lengkap dan tersedia untuk pemeriksaan oleh pihak berwajib? Jika ya, TAHNIAH! Anda dikira sudah bersedia untuk menghadapi lawatan pemeriksaan oleh penguatkuasa kesihatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi,  JANGAN RISAU! Kami boleh bantu anda. Sila klik  pautan di sebelah [>>> HUBUNGI KAMI <<<] untuk berhubung dengan kami melalui WhatsApp  bagi mendapatkan nasihat tentang langkah seterusnya yang boleh anda ambil!

Untuk mereka yang baru mula bisnes makanan, pastikanlah dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas sudah tersedia di premis makanan anda bagi menggelakkan anda diambil tindakan oleh pihak berwajib!

Latihan Pengendali Makanan Atas Talian Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kursus Pengendali Makanan PKP. Win Synergy Training Sdn. Bhd. telah mendapat kebenaran Bahagian Keselamatan dan Kualit Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Secara Dalam Talian (Online) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bayaran dan jangkamasa kursus dalam talian masih sama dengan kursus bersemuka, iaitu sebanyak RM50.00 setiap peserta untuk tempoh 3 jam. Untuk makluman, waktu 3 jam kursus tidak termasuk waktu persediaan sistem dan waktu rehat. Walaubagaimanapun, bilangan peserta setiap kelas dihadkan kepada 10 orang sahaja untuk sesi dalam talian berbanding dengan 30 orang setiap sesi untuk kelas bersemuka.

Para peserta boleh mengikuti kursus dalam talian menggunakan komputer meja, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Nota dan bahan rujukan kursus akan diedarkan secara elektronik kepada semua peserta. Untuk kursus secara dalam talian ini, para peserta juga perlu menjawab soalan kuiz selepas selesai setiap topik pembelajaran. Ini merupakan keperluan baru yang disyaratkan oleh BKKM selain daripada ujian pra dan pasca kursus. Selain daripada itu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang menganjurkan kursus dalam talian perlu merakam sesi latihan sepanjang ianya berlangsung dan menghantar rakaman latihan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk semakan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas kursus dijalankan. 

Oleh itu jangan berlengah lagi… daftarlah untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan PKP dan dapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan anda sekarang!

Kursus Pengendali Makanan PKP

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Kursus Latihan Pengendali MakananSebagai pengusaha makanan, adakah anda menghadapi masalah seperti ini?

“Alamak!! Kedai kena tutup dengan Kesihatan!”

“Alaaaa… kena kompaun pasal belum kursus lagi….”

Adakah anda menghadapi masalah seperti ini bila mencari penyedia latihan KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN?

    • Apedia, kelas paling dekat pada minggu depan? Takde ke kelas yang lagi cepat?? Kedai kena tutup ni!
    • Masa kursus dalam jadual tak ngam dengan waktu kerja laaa…
    • Jauh sangat laaa… macam mana nak pi…???
    • Apa? Kelas kena cancel sebab tak cukup peserta???
    • Dah sampai tempat kursus ni, tapi tempat parking takdak pulak – tensyenyerrr!!!!

Hubungi kami dan masalah anda akan selesai!

  • Tempat letak kereta yang mencukupi di pusat latihan kami – masalah parking anda selesai!
  • Kelas IN-HOUSE – kami pergi ke tempat anda!*tertakluk kepada terma & syarat
  • Kelas Awam mingguan atau bulanan di Alor Setar / Sungai Petani / Langkawi – tak payah tunggu lama-lama!
  • Kelas-kelas kecil di Jitra / Changloon / Baling / Sik / Kulim / Kuala Nerang

Kursus Latihan Pengendali Makanan – kita setelkan hari ni jugak!

Hubingi kami 019-413 9922 atau 019-4149922

(terus klik pada nombor untuk terus WhatsApp)