Latihan Pengendali Makanan Atas Talian Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kursus Pengendali Makanan PKP. Win Synergy Training Sdn. Bhd. telah mendapat kebenaran Bahagian Keselamatan dan Kualit Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan kursus Latihan Pengendali Makanan Secara Dalam Talian (Online) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bayaran dan jangkamasa kursus dalam talian masih sama dengan kursus bersemuka, iaitu sebanyak RM50.00 setiap peserta untuk tempoh 3 jam. Untuk makluman, waktu 3 jam kursus tidak termasuk waktu persediaan sistem dan waktu rehat. Walaubagaimanapun, bilangan peserta setiap kelas dihadkan kepada 10 orang sahaja untuk sesi dalam talian berbanding dengan 30 orang setiap sesi untuk kelas bersemuka.

Para peserta boleh mengikuti kursus dalam talian menggunakan komputer meja, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Nota dan bahan rujukan kursus akan diedarkan secara elektronik kepada semua peserta. Untuk kursus secara dalam talian ini, para peserta juga perlu menjawab soalan kuiz selepas selesai setiap topik pembelajaran. Ini merupakan keperluan baru yang disyaratkan oleh BKKM selain daripada ujian pra dan pasca kursus. Selain daripada itu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang menganjurkan kursus dalam talian perlu merakam sesi latihan sepanjang ianya berlangsung dan menghantar rakaman latihan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk semakan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas kursus dijalankan. 

Oleh itu jangan berlengah lagi… daftarlah untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan PKP dan dapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan anda sekarang!

Kursus Pengendali Makanan PKP