Description
Kursus Pengendali Makanan SBL-Khas Bersemuka. Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) boleh memohon geran latihan di bawah program HRD Corp Claimable Courses. Program ini yang dahulunya sebagai Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas). Maklumat lanjut berkenaan HRD Corp Claimable Courses boleh diperolehi dari laman sesawang PSMB >>Klik di sini<<
Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
– TAMAT –