LATIHAN PENGENDALI MAKANAN – REMOTE ONLINE TRAINING (PUBLIC) – HRD CORP CLAIMABLE COURSES

RM50.00


Pra-syarat kursus dalam talian (online)

  1. Alat dan capaian internet: Calon mempunyai alat yang sesuai (contohnya, komputer, tablet, atau telefon pintar) dan capaian internet yang mampu menyokong penggunaan aplikasi ZOOM: One platform to connect dan mengakses Google Forms.
  2. Kecekapan digital: Calon perlu selesa menggunakan aplikasi ZOOM dan melayari internet (Google Forms). Calon yang kurang cekap WAJIB ada pembantu.
  3. Kemahiran komunikasi lisan: Calon sendiri perlu mampu berkomunikasi secara lisan dengan tenaga pengajar dalam bahasa kelas pilihan.

Calon-calon yang tidak dapat memenuhi prasyarat seperti di atas dinasihatkan untuk mempertimbangkan pendaftaran kursus bersemuka sebagai alternatif.

Langkah untuk mendaftar

  1. Pilih tarikh dan masa.
  2. Tambah peserta jika perlu (^).
  3. Klik “Add to Cart”.
  4. Semak tarikh, masa dan bilangan peserta yang dipilih – pastikan BETUL sebelum teruskan.
  5. Klik “Proceed to checkout”.
  6. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang pendaftaran.
  7. Klik “Place Order” selepas anda selesai isi borang pendaftaran. Buat masa ini hanya kaedah pembayaran dalam talian secara FPX Online Banking melalui “toyyibPay” sahaja yang ditawarkan.
  8. Ikut arahan “toyyibPay”. Bayaran akan dikenakan di atas nama “TOYYIBPAY SDN. BHD.

PASTIKAN CALON BERSEDIA UNTUK HADIR KURSUS PADA TARIKH DAN MASA YANG DIPILIH.

**Kepada majikan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang ingin membuat permohonan geran latihan PSMB di bawah skim HRD Corp Claimable Courses (dahulu dikenali sebagai SBL-Khas)**  >>Sila klik sini untuk hubungi kami bagi mendapatkan dokumen permohonan geran<<

Perhatian kepada majikan yang berdaftar dengan PSMB: Pendaftaran kelas melalui laman web BUKAN sebahagian daripada proses permohonan geran. Pendaftaran kelas melalui laman web kami hanya dibuka untuk individu dan majikan tidak berdaftar dengan PSMB sahaja yang ingin turut serta dalam sesi latihan HRD Corp Claimable Courses yang dijadualkan.

 

Lain-lain sesi latihan:
[Click here for HRD Corp Claimable (SBL-Khas) ENGLISH Class]
[HRD Corp Claimable (SBL-Khas) 可索赔中文班点击此处]
[Sila klik sini untuk kelas BAHASA MELAYU]
[Please click here for ENGLISH class]
[中文班请点击此处]

 

Kelas Dalam Talian (Online) Bahasa Melayu
(HRD Corp Claimable Courses)

21HB NOV 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

14 in stock

21HB NOV 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

9 in stock

28HB NOV 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

16 in stock

28HB NOV 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

5HB DIS 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

20 in stock

5HB DIS 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

12HB DIS 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

20 in stock

12HB DIS 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

19HB DIS 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

20 in stock

19HB DIS 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

26HB DIS 2024 (KHAMIS) 8:30PG HINGGA 1:00PTG
RM50.00

20 in stock

26HB DIS 2024 (KHAMIS) 1:30PTG HINGGA 6:00PTG
RM50.00

20 in stock

SKU: ONLINEPSMB Categories: , Tags: ,

Description

Kursus Pengendali Makanan SBL-Khas Remote Online. Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) boleh memohon geran latihan di bawah program HRD Corp Claimable Courses. Program ini yang dahulunya sebagai Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas). Maklumat lanjut berkenaan HRD Corp Claimable Courses boleh diperolehi dari laman sesawang PSMB  >>Klik di sini<<

Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus Pengendali Makanan SBL-Khas Remote Online boleh diikuti melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet yang stabil.

– TAMAT –

Terma dan Syarat:

  1. Pendaftaran kursus secara dalam talian akan ditutup pada jam 8.00mlm sehari sebelum kursus atau setelah kelas penuh.
  2. Sila pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan penghantaran pautan kursus.
  3. Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami (untuk individu atau majikan yang tidak berdaftar dengan PSMB atau tidak berhasrat untuk membuat tuntutan geran latihan).
  4. Bayaran kursus adalah RM50.00 untuk setiap peserta. Bayaran kursus boleh dibuat dalam 1 transaksi yang sama untuk pendaftaran secara berkumpulan.
  5. Setiap peserta perlu log masuk ke platform pembelajaran menggunakan peranti pembelajaran yang berasingan (tidak boleh berkongsi alat) – 1 peserta, 1 alat.
  6. Peserta perlu mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
  7. Salinan imbasan sijil akan diberikan kepada pihak yang membuat bayaran pada hari yang sama setelah peserta didaftarkan berjaya mengikuti kursus sepenuhnya.
  8. Sijil asal akan dihantar pada hari bekerja yang berikutnya. Pastikan alamat penghantaran sijil yang diberi adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak tepat.
  9. Paparan kamera peserta adalah WAJIB dan peserta perlu berada di hadapan kamera sepanjang tempoh kursus. Kelonggaran diberi semasa menjawab soalan kuiz/ujian atau waktu rehat.
  10. Peserta boleh hilang kelayakan mendapat Sijil Kehadiran sekiranya tiada paparan kamera, tidak berada di hadapan kamera semasa kursus, keluar sesi latihan atas talian sebelum tamat kursus tanpa mengganti semula masa terkeluar atau didapati melakukan aktiviti lain semasa kursus.
  11. Sila maklum bahawa keseluruhan sesi kursus akan DIRAKAM sebagai salah satu syarat penganjuran kursus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri atau Pembangunan Sumber Manusia  Berhad mungkin turut serta pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan.

Tatacara Kelas Dalam Talian

12 PERKARA

  1. Guna alat yang ada kamera, mic, speaker dan internet (cth: telefon pintar, tablet, laptop atau desktop) – SYARAT WAJIB KKM
  2. Kamera sentiasa dipasang [ON] dan nampak muka anda sepanjang kursus. – SYARAT WAJIB KKM
  3. Tidak berkongsi alat semasa kursus – 1 peserta, 1 alatSYARAT WAJIB KKM
  4. Duduk di hadapan kamera (bukan baring, jalan ke sana ke sini dsbnya…), fokus 100% dan TIDAK MELAKUKAN PERKARA LAIN cth: tidak bekerja, menaiki kenderaan, memasak, memancing, berjalan sana-sini dll sambil berkursus – SYARAT WAJIB KKM
  5. Log masuk 30 minit sebelum kursus mula untuk uji dan buat tetapan alat, jawab ujian pra-latihan serta ikuti taklimat tataetika kursus.
  6. Cari pembantu untuk tolong anda waktu kursus jika kurang arif dengan gadget atau ZOOM.
  7. Cas alat hingga penuh (jangan terlog-out bila bateri habis)
  8. Top-up kredit sebelum kelas, jika guna pre-paid (jangan terlog-out bila kredit habis.
  9. Muat turun Zoom AWAL (bukan last minute)
  10. Rancang pejalanan agar sampai awal di tempat anda ingin berkursus (JANGAN bergerak last minute – utamakan keselamatan semasa berada di jalan raya)
  11. Cari tempat yang senyap dan tiada ganguan untuk ikuti kursus.
  12. Duduk berjarak jika anda berkursus dari tempat yang sama dengan rakan setugas anda.

– TAMAT-

Persediaan

  • Powerbank & Alat pengecas (Charger) untuk yang guna smartphone & tablet – jangan terlog-out bila alat habis bateri
  • Earphone – boleh kurangkan ganguan luar dan sangat berguna jika hujan lebat semasa kursus
  • Pen & buku nota untuk catatan
  • Cermin mata (jika perlu)
  • Air minum, kopi, teh atau makanan ringan (jika perlu)

– TAMAT-

Tanggungjawab Wakil Majikan

✅ Maklumkan kepada semua calon yang telah didaftarkan bahawa sesi latihan akan dijalankan dalam talian melalui ZOOM Meeting dan mereka perlu log masuk awal/tepat pada masanya pada hari latihan – sila sampaikan mesej ini terlebih dahulu.

✅ Pastikan semua calon yang telah didaftarkan dapat menyertai kumpulan WhatsApp peserta untuk menerima pautan kelas, maklumat, dan bahan rujukan. WhatsApp dipilih sebagai saluran komunikasi kami dengan mengambil kira penggunaannya yang meluas di Malaysia dan untuk memudahkan calon-calon tanpa akses emel.

✅ Buat persiapan yang diperlukan untuk memastikan kakitangan lain dapat mengambil alih kerja mereka yang menghadiri latihan jika mereka dijadualkan bekerja pada waktu latihan.

✅ Pastikan semua calon yang telah didaftarkan bersedia untuk sesi latihan, dengan peranti yang menyokong penggunaan ZOOM Meeting (kamera hadapan berfungsi, kapasiti memori mencukupi), bateri dicas sepenuhnya, dan akses kepada internet yang stabil. Selain itu, pastikan semua calon dapat memahami dan berkomunikasi dalam bahasa pengajaran kelas yang dipilih.

Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta

1. Penarikan diri

1.1 Sekiranya timbul permohonan untuk menarik diri daripada menyertai kursus latihan:

  • 50% bayaran balik yuran kursus untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan 7 hari atau lebih sebelum tarikh kursus bermula;
  • 25% bayaran balik yuran kursus untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan dalam masa kurang daripada 7 hari sebelum tarikh kursus bermula;
  • TIADA BAYARAN BALIK untuk permohonan penarikan diri yang dikemukakan dalam masa kurang daripada 24 jam sebelum kursus bermula, atau untuk peserta tidak hadir tanpa sebab (ditakrifkan sebagai peserta yang tidak menghadirkan diri ke program latihan tanpa pemberitahuan awal). Namun begitu, permohonan untuk penjadualan semula atau penggantian peserta boleh dibuat.

1.2 Keputusan bayaran balik yuran kursus untuk penarikan diri peserta adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat yang dihantar serta kelulusan daripada pihak pengurusan Win Synergy Training Sdn. Bhd.

2. Penjadualan semula dan penggantian peserta

2.1 Permohonan untuk penjadualan semula atau penggantian peserta boleh dibuat sekiranya peserta yang sudah mendaftar tidak dapat menghadiri kursus.

2.2 Sekiranya tarikh dan masa baharu tidak dapat ditentukan untuk penjadualan semula, atau peserta baharu tidak dapat dikenalpasti untuk penggantian, maka pendaftaran akan disifatkan sebagai TERTANGGUH. Sila ambil maklum bahawa TIADA BAYARAN BALIK akan dibuat ke atas pendaftaran yang TERTANGGUH.

2.3 Untuk pendaftaran yang disifatkan sebagai TERTANGGUH, makluman tarikh dan masa baharu atau peserta baharu boleh dibuat secara bertulis melalui emel seperti yang dinyatakan di bawah (Para 3.1). Penerimaan penjadualan semula atau penggantian peserta tertakluk kepada kekosongan yang sedia ada semasa makluman dibuat.

2.4 Penjadualan semula dan penggantian peserta hanya boleh dibuat untuk kursus latihan yang sama dan bukan untuk kursus latihan yang berlainan.

2.5 TIADA BAYARAN BALIK akan dibuat sekiranya peserta masih gagal untuk hadir kursus selepas penjadualan semula atau penggantian peserta.

3. Penghantaran permohonan

3.1 Permohonan untuk penarikan diri, penjadualan semula atau penggantian peserta perlu dibuat secara bertulis dengan menghantar e-mel kepada wp.winsynergy@gmail.com sebelum kursus bermula dengan menyatakan maklumat-maklumat berikut:

a. Maklumat pemohon (nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, dan nombor telefon)
b. Maklumat peserta (jika berlainan dari maklumat pemohon)
c. Nama kursus yang didaftarkan
d. Tarikh dan masa kursus didaftarkan
e. Jenis permohonan: (1) Penarikan Diri / (2) Penjadualan Semula / (3) Penggantian Peserta
f. Keterangan lanjut berkenaan permohonan (sebab tarik diri dan maklumat akaun pembayaran / tarikh baru penjadualan / maklumat peserta ganti)

3.2 Pemohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diterima tidak lengkap atau tidak dapat disahkan. Permohonan susulan yang dikemukakan untuk isu atau perkara yang sama akan dianggap sebagai permohonan baharu.

3.3 Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Sebarang keputusan akan dimaklumkan melalui e-mel.

3.4 Permohonan dibuat melalui saluran atau kaedah yang lain daripada apa yang disebutkan di atas tidak akan dilayan.

3.5 Win Synergy Training Sdn Bhd berhak untuk mengubahsuai terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa pemakluman terlebih dahulu.

3.6 Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan Win Synergy Training Sdn Bhd berkenaan dengan permohonan yang dikemukakan adalah muktamad.

– TAMAT –