Description
Kursus Pengendali Makanan SBL-Khas Remote Online. Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) boleh memohon geran latihan di bawah program HRD Corp Claimable Courses. Program ini yang dahulunya sebagai Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas). Maklumat lanjut berkenaan HRD Corp Claimable Courses boleh diperolehi dari laman sesawang PSMB >>Klik di sini<<
Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Kursus Pengendali Makanan SBL-Khas Remote Online boleh diikuti melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet yang stabil.
Terma dan Syarat (Untuk individu atau majikan yang tidak berdaftar dengan PSMB):
- Pendaftaran kursus secara dalam talian akan ditutup pada jam 8.00mlm sehari sebelum kursus atau setelah kelas penuh.
- Sila pastikan emel dan nombor telefon yang diberi adalah tepat dan boleh dihubungi untuk tujuan penghantaran pautan kursus.
- Sila buat pendaftaran melalui laman sesawang kami. Walaubagaimanapun, anda boleh berhubung terus dengan kami sekiranya ingin membuat pendaftaran secara berkumpulan untuk 5 orang peserta dan ke atas.
- Bayaran kursus adalah RM50.00 untuk setiap peserta. Bayaran kursus boleh dibuat dalam 1 transaksi yang sama untuk pendaftaran secara berkumpulan.
- Setiap peserta perlu log masuk ke platform pembelajaran menggunakan peranti pembelajaran yang berasingan (tidak boleh berkongsi alat) – 1 peserta, 1 alat.
- Peserta perlu mengikuti keseluruhan kursus untuk mendapat sijil kehadiran.
- Salinan imbasan sijil akan diberikan kepada peserta pada hari yang sama setelah peserta berjaya mengikuti kursus sepenuhnya.
- Sijil asal akan dihantar kepada peserta pada hari bekerja yang berikutnya.
- Paparan kamera peserta adalah WAJIB dan peserta perlu berada di hadapan kamera sepanjang tempoh kursus. Kelonggaran diberi semasa menjawab soalan kuiz/ujian atau waktu rehat.
- Peserta boleh hilang kelayakan mendapat Sijil Kehadiran sekiranya tiada paparan kamera, tidak berada di hadapan kamera semasa kursus, keluar sesi latihan atas talian sebelum tamat kursus tanpa mengganti semula masa terkeluar atau didapati melakukan aktiviti lain semasa kursus.
- Sila maklum bahawa keseluruhan sesi kursus akan DIRAKAM sebagai salah satu syarat penganjuran kursus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad mungkin turut serta pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan.