LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DALAM TALIAN – Terjemahan Bahasa Myanmar

RM50.00

Maklumat Kursus:

  • Jangkamasa kursus minimum = 3 jam (tidak termasuk waktu persediaan, rehat serta terjemahan)
  • Yuran = RM50 /peserta (ditetapkan oleh KKM)
  • Sijil sah seumur hidup
  • Ikuti kelas dengan aplikasi ZOOM Meeting

Maklumat Lanjut:

Pra-Syarat Kursus Secara Dalam Talian
Sila pastikan calon boleh untuk mengikuti latihan secara dalam talian sebelum membuat pendaftaran.

Calon mesti mempunyai:

  • Peranti yang sesuai dan capaian internet yang stabil
    Setiap calon perlu menggunakan telefon, tablet, komputer riba, atau komputer sendiri dengan capaian internet yang stabil untuk Zoom dan Google Forms.
  • Kemahiran asas menggunakan peralatan digital
    Calon perlu boleh menyertai kelas melalui Zoom, menggunakan internet, dan melengkapkan Google Forms.
  • Bantuan semasa kelas, jika perlu
    Calon yang kurang cekap menggunakan peralatan atau aplikasi dalam talian mestilah dibantu semasa kelas.

Calon disarankan agar didaftarkan untuk sesi bersemuka sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan untuk kursus secara dalam talian.

Langkah-langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar:

  1. Pilih tarikh dan masa kelas yang sesuai, leret ke bawah skrin, semak bilangan peserta dan tekan “Add to cart“.
  2. Pada laman seterusnya, leret ke bawah skrin dan tekan “Proceed to checkout“.
  3. Lengkapkan borang pesanan, leret ke bawah skrin dan tekan “Place Order” untuk membuat bayaran secara dalam talian.
  4. Ikut arahan gerbang pembayaran (payment gateway) pilihan anda – Billplz atau Razorpay-Curlec.
  5. Semak emel pengesahan pendaftaran selepas bayaran berjaya dibuat.
  6. Buat persediaan yang secukupnya sebelum sebelum mengukuti kelas.

Penting: Pautan kelas disertakan dalan emel pengesahan. Sila kongsikan maklumat kelas kepada calon sekiranya anda membuat pemdaftaran bagi pihak orang lain. Calon bertanggungjawab untuk menyertai sesi yang betul dan membuat persediaan yang secukupnya sebelum kelas bermula,

Edaran Sijil

  • Sijil elektronik (PDF) akan dihantar ke WhatsApp pembuat pesanan (order placer) dalam masa 24 jam selepas kelas tamat.
  • Untuk menerima salinan sijil elektronik, sila pastikan nama dan nombor telefon WhatsApp diisi dengan betul di ruang maklumat pembuat pesanan.
  • Sijil asal akan diproses dan dihantar keluar dalam masa 3 hari bekerja ke alamat yang diisi dalam ruangan “Shipping Address” semasa pendaftaran.
  • Tempoh penerimaan mungkin berbeza bergantung kepada kaedah penghantaran.

Dasar Penarikan Diri, Penjadualan Semula dan Penggantian Peserta
Lain-lain sesi latihan:

Online – B.Melayu Online – English Online – Mandarin 中文网课

 

Kelas Dalam Talian (Online) Dengan Terjemahan Bahasa Myanmar

2HB JUN 2026 (SELASA) PAGI 9:00PG HINGGA 12:30+++TGH
RM50.00

Out of stock

SKU: ONLINEBB Categories: , Tags: , ,

Description

Latihan Pengendali Makanan Terjemahan Myanmar. Kursus ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan yang bekerja di Malaysia. Menurut Per. 30 (1), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan dari institusi yang diluluskan oleh Pengarah. Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebutkan di atas melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,  didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kursus Pengendali Makanan Online dengan terjemahan Bahasa Burma boleh diikuti melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet yang stabil.